Ronnie Memang Sampah Dalam Hal Sampah!

Si Ronnie Komunis ni nampaknya bila dah tersepit selepas masalah sampah di Selangor semakin kronik, terus bertukar menjadi lidah biawak kononnya Kerajaan Selangor telah menamatkan hanya kontrak kerja pembersihan awam saja bukannya kerja memungut dari rumah ke rumah.

Walhal, Kerajaan Selangor sebenarnya telah mengeluarkan surat pekelililing untuk menamatkan seluruh tugas kontrak pengurusan sisa pepejal kepada alam flora disebabkan kerana nak bagi kontrak kerja pembersihan kawasan dan pungutan itu kepada kroni-kroni mereka.

Jangan tertipu wahai orang Selangor, puak-puak penyamun lagi besaqq punya!


Alam Flora nafi kenyataan Ronnie!

Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menafikan dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu yang kononnya pihaknya tidak mempunyai pilihan lain selain perlu menyediakan perkhidmatan memungut sampah sendiri selepas syarikat itu menamatkan perkhidmatan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Zain Hassan berkata, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672) memperuntukkan kerja-kerja memungut sampah dan pembersihan awam perlu dilakukan bersama.

Bagaimanapun, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengambil alih kerja-kerja pembersihan pada 1 Ogos lalu dan pihaknya menghormati keputusan tersebut.

"Selain itu, kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk mengambil alih kerja-kerja memungut sampah berkuat kuasa pada 16 Oktober lalu dan kami yakin dengan keputusan bahawa kerajaan negeri telah bersedia untuk melaksanakannya.

"Perkara ini juga telah disahkan melalui sepucuk surat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 14 September lalu yang memaklumkan mengenai tarikh pengambilalihan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini Ronnie mendakwa pihaknya tidak berhasrat untuk menarik semula perkhidmatan memungut sampah daripada Alam Flora.

Kata Ronnie, pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya hanya mengambil alih kerja-kerja pembersihan awam seperti memotong rumput dan membersih longkang berkuat kuasa pada 1 November lalu.

Tambah Ronnie, Alam Flora bagaimanapun telah memberhentikan kerja-kerja memungut sampah bermula 15 Oktober lalu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...