Ada kalangan wartawan yang membuat liputan Pehimpunan Agung UMNO kali ini mengeluh. Antaranya kata penat, dok perah otak nak cari intro.
Dalam bahasa media intro bermakna perenggan awal sesuatu berita.
Apabila wartawan mengeluh begitu.Ini bermakna agak kurang berita-berita yang ada umphh.
Bagi orang surat khabar, Perhimpunan Agung UMNO sentiasa menjadi event politik tahunan yang dinanti-nanti.,Ini kerana di situ banyak boleh ‘ kenduri berita’.
Perhimpunan dari 29 November hingga 3 Disember kali ini lebih menjadi tumpuan ramai kerana bukan sahaja UMNO tetapi semua parti termasuk pakatan pembangkang sudah masuk gear pecut untuk menghadapi PRU13.
Desas desus yang paling popular meramalkan ia bakal diadakan sekitar bulan Mac tahun depan.
Di celah-celah kehangatan mood PRU13, rata-rata wartawan merasa suasana perhimpunan agak hambar. Penilaian ini diukur dari faktor jumlah berita panas sekitar perhimpunan.
Malah senario agak 'suram' diakui Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika diminta mengulas senario perhimpunan setakat petang Jumaat.
Permulaan Rabu cuma dihangatkan sedikit dengan aksi Datuk Seri Shahrizat Jalil di perhimpunan perwakilan Wanita UMNO lawan balik pembangkang yang cuba ‘ mandikan beliau dengan isu projek lembu NFC.
Media pembangkang yang berkeliaran sekitar perhimpunan saban hari cuba meratah Ketua Wanita UMNO itu hidup-hidup menggunakan isu yang melibatkan syarikat yang dikendalikan suaminya.
Kickoff Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya pagi Khamis dinilai ‘ biasa-biasa’ saja. Temanya dilhat lebih untuk mengingatkan perjuangan dan jasa UMNO sejak dulu hingga kini.
Ramai juga yang bertanya kenapa Perdana Menteri ‘tak lepas habis’ dalam ucapan itu seperti kebiasaan.
Ada juga di kalangan perwakilan yang yakin ada kemungkinan Perdana Menteri ' simpan dulu' untuk dilepaskan semasa penggulungan pada petang Sabtu.
"Firasat saya kita boleh jangkakan sesi penggulongan PM yang menarik.Siapa tahu mungkin juga ada kejutan,"kata seorang perwakilan dari Johor.
Seorang perwakilan dari Perak berkata beliau sendiri dengar ada kemungkinan kejutan di sesi penggulungan.
"Kalau betul apa yang saya dengar itu...ia memang cukup menarik," katanya.
Beliau yang beberapa kali sudah jadi perwakilan ke perhimpunan ini sependapat dengan perwakilan dari Johor tadi mungkin Najib simpan ' peluru-peluru besar' di penutup nanti.
"Lojik akal kita boleh buat jangkaan itu.Ini kerana pada ucapan dasar semasa perasmian beliau tidak membuat sebarang pengumuman besar.Tidak mungkin ia berakhir kosong lebih-lebih lagi kita hendak menghadapi pilihanraya," katanya.- Agenda Daily
No comments:
Post a Comment