Guan Eng Jahanamkan Duit Rakyat Begitu Sahaja! Parkir bertingkat Bukit Bendera Akan Dirobohkan!

A.S; YA MEMANG, PROJEK INI DILULUSKAN PADA TAHUN 2007 SEMASA BN MEMERINTAH.
NAMUN PROJEK PEMBINAAN PARKIR BERTINGKAT BERMULA PADA AWAL 2009 DIMANA PELAKSANANYA ADALAH PENANG DEVELOPMENT CORPORATION (PDC) IAITU ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI.

KALAU ADA MASALAH REKABENTUK KENAPA BILA DAH SIAP BARU PERASAN?
GUAN ENG DAN ANAK BUAH DIA TIDOR KA?
SEHARUSNYA SESUATU DESIGN PROJEK MASIH BOLEH DIBUAT PINDAAN JIKA DIFIKIRKAN PERLU ATAS FAKTOR-FAKTOR TERTENTU!
ADAKAH PEGAWAI PDC MAKAN RASUAH?
PEMANTAUAN AGENSI PELAKSANA IAITU PDC SEMASA PROJEK BERJALAN AMAT LEMAH!

ATAUPUN GUAN ENG MEMANG SAJA BIARKAN UNTUK AMBIL KESEMPATAN HENTAM BN.
MASALAH REKABENTUK NIH DIA TAU, TAPI DIA SAJA JE BUAT-BUAT TAK TAU?


Kontroversi isu bangunan parkir bertingkat Bukit Bendera berahir dengan keputusan Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini untuk merobohkannya.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, mesyuarat Exco menerima cadangan untuk merobohkan bangunan itu dan membina semula dengan kos antara RM5.5 hingga RM6.75 juta serta menambah bilangan parkir kepada 300 lot yang dijangka siap dalam tempoh 15 bulan.

Beliau berkata Kerajaan Negeri menerima pilihan pertama daripada tiga cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Siasatan Tempat Parkir Bertingkat Bukit Bendera dalam laporan siasatannya baru-baru ini.

"Pilihan kedua ialah membuat sedikit perubahan iaitu merobohkan sebahagian bangunan dan membina semula kawasan curam supaya lebih landai dengan kos RM1.5 juta dan mengurangkan jumlah lot parkir dari 112 kepada 96 lot.

"Pilihan ketiga ialah merobohkan kawasan curam dan digantikan dengan lif kenderaan," katanya kepada media semalam.

Sehubungan itu, arkitek yang bertanggungjawab atas kelemahan bangunan parkir itu sudah dibuang kerja.

"Tindakan selanjutnya ialah membuat aduan kepada Lembaga Arkitek Malaysia dan mengambil tindakan sivil terhadap arkitek terbabit," katanya.

Guan Eng juga menegaskan bahawa projek itu diluluskan Kerajaan Negeri pada September 2007 dan diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai agensi pelaksana-Sinar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...