Jadi Pegawai PTD Bukan Lesen Pukul Suami


Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir, 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.

Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

9 comments:

Anonymous said...

Pegawai PTD memang bukan lesen pukul suami tetapi mesti ada sebab yang mantap untuk beliau bertindak sedemikian. Hidup Wanita Besi Berani Kerana Benar. Lelaki pondan sahaja buat aduan kena pukul oleh bini hehehehe

Anonymous said...

mesti gaduh sebab laki kahwin atau ada skandal lagi satu.

Brahim Nyior said...

Kasihan pun ada. Mungkin perbalahan suami isteri yang biasa, tetapi apabila si suami pendek akal dan buat laporan polis, dia sebenarnya membuka aib si isteri.

Apa perlu dibawa ke mahkamah jika perbalahan boleh diselesaikan dengan cara yang berhemah.

Pasti si suami gagal mendidik isteri atau pun membuat sesuatu yang menimbulkan marah isterinya.

Moga jadi pengajaran kepada kita.

Anonymous said...

Itulah biar pun hang pangkat tinggi jgn laki pun kau nak buat mcm pekerja bawahan hang,silap2 ke dalam..pangkat tak boleh bawa pegi mati hanya amalan mulia je

Anonymous said...

Dah la tak reti Tadbir diri... tak Diplomatik plak tuh. Amendeeee laa..

Anonymous said...

secara logik,objek yg memukul suami cuma fail bknnya kayu ke,besi ke..nampk sgt laki dia sengaja nk frame dia..siap sebut lg keje PTD, mcm hebat sgtla wife dia tu..laki pondan kot dia ni,kalau dh wife tu kaki pukul,ceraikan aje la,buat apa nk masuk paper

Anonymous said...

Laki dia ni Dayus kena pukul dengan bini...lps tu bawak naik court...malu kaum lelaki aje.... Laki dia ni main SMS dengan awek lain kantoi dgn bini.... mana bini tak geram...bukan PTD aje...kalau bini lawyer atau doktor pon Geram jugak kalau laki curang... berita bodoh mcm ni pon nk masuk Paper...Reporter Malaysia dah takde berita lain ke....atau dah malas keje.....Gosip dan berita dalam sluar mmg korang suka

Anonymous said...

Hadoiiii jantan sekarang ni mcm awww la pulak. Kena hempuk dgn fail pun buat report polis? Kehkehkeh.Tak dak teloq ke hapa?

Anonymous said...

kena pukul dengan fail pejabat boleh mendatangkan kecederaan? Laki dia ni lelaki ke pondan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...