Breaking News! Hassan Ali Akhirnya Dipecat!!

Pas Pusat memecat Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu diputuskan oleh parti itu yang mengadakan mesyuarat bulanan hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Pas berkata, setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, pihaknya telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat "keahlian Hasan sebagai ahli PAS berkuat kuasa serta merta."

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas," kata parti itu lagi.-SH

Mahfuss Omar, Khalid Samad, Dr Rani tentunya tersenyum gembira... akhirnya PAS pecat Dr Hasan Ali..
Azmin akan tertawa girang!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...