Shahnon Ahmad Pun Hentam PAS Kerana Jadi Keldai DAP!

Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad tidak setuju dengan dasar kepimpinan Pas sekarang yang mengadakan kerjasama dengan DAP.

Kedua-dua parti itu dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, konsep kerjasama antara Pas dan DAP sekarang ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.

"Rasulullah SAW pada zaman dahulu tidak bekerjasama dengan musyrikin, sebaliknya baginda meletakkan syarat untuk mewujudkan keharmonian atau keamanan.

"Saya tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pas dan DAP ini," kata beliau kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan beberapa ahli Pas Tanjong di rumahnya di sini, hari ini.

Shahnon yang juga bekas Ahli Parlimen Sik turut menolak penggunaan istilah ulama dan profesional dalam kalangan pemimpin Pas masa kini.

Menurutnya, istilah profesional adalah mengikut sesuatu disiplin kerjaya seperti kedoktoran, kejuruteraan dan pendidikan.

"Profesional adalah pakar seperti saya digelar profesor kerana saya adalah profesor dalam kesusasteraan.

"Pas tidak nampak ulamanya melainkan (Mursyidul Am) Tok Guru (Datuk) Nik Aziz Nik Mat sahaja," katanya.

Shahnon yang terkenal dengan buku S.H.I.T sebelum ini berkata, pandangannya sekarang ini tidak lagi mahu didengar oleh sesiapa pun kerana sudah lama tidak aktif dalam politik.

Sungguhpun begitu, beliau masih aktif menjadi penulis kolum bagi sebuah majalah sastera.

Beliau menjalani pembedahan injap tahun lalu.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang hati dengan peningkatan jenayah di negara ini.

"Sepatutnya hududlah yang dijalankan iaitu hanya ke atas orang Islam. Inilah caranya untuk mengatasi jenayah," katanya.-SH

6 comments:

Anonymous said...

NAMPAKNYA WATAK SHIT INI AKAN DIKEMUTKAN KELUAR DAN JATUH KE DALAM LUBANG TANDAS SUNGAI BULUH. DSAI INI IALAH SHIT YANG BUSUK LAGI MEMBUSUKKAN.

Anonymous said...

Memang dah kena la SHIT tu dengan N.Ajis.... dan Prof mahaTAIK buat N.Ajis tu adalah Prof Shahnon....

Anonymous said...

Bukan org Islam saja yg buat jenayah. Bansa lain lagi banyak libatkan diri dengan jenayah.

Anonymous said...

hudud pas hanya untuk orang islam kaum lain boleh buat apa mereka suka..mereka akan rogol perempuan melayu dan mangsa akan dijatuhkan hukum hudu si pelaku bebas..baguslah hudud ala PAS.

Anonymous said...

saya tak akan lupa penglibatan penulis SHIT ni dlm meburuk2kan DR M... Allah dah balas sbelum beliau dipanggil mengadapNYA....

Dajjal... akhir zaman, penghuni syurga dilihat spt penghuni neraka & begitu sebaliknya....

NIK AZIZ ulamak???? ~ mintak maaf lah... tiada ketokohan amat jauh beza wpun dibanding dgn Ahmad Dedat...apa lagi Yusof Qardawi yg namanya dgunakan oleh si Dajal yg dilihat org PAS & PKR sbg Imam Mahdi..... bangang ... bengong... buta mata & hati pengikut hamPAS ni....

Anonymous said...

saya tak akan lupa penglibatan penulis SHIT ni dlm meburuk2kan DR M... Allah dah balas sbelum beliau dipanggil mengadapNYA....

Dajjal... akhir zaman, penghuni syurga dilihat spt penghuni neraka & begitu sebaliknya....

NIK AZIZ ulamak???? ~ mintak maaf lah... tiada ketokohan amat jauh beza wpun dibanding dgn Ahmad Dedat...apa lagi Yusof Qardawi yg namanya dgunakan oleh si Dajal yg dilihat org PAS & PKR sbg Imam Mahdi..... bangang ... bengong... buta mata & hati pengikut hamPAS ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...