A.S sangat bersetuju dengan keputusan Majlis Pernbandaran Kuantan ini.
Diharapkan PBT lain agar turut mengambil langkah yang sama kerana kewujudan tempat karaoke ini telah memberi banyak kesan yang negatif berbanding positif!
Dari pemerhatian A.S, di Kedah dan Penang pun masih banyak lagi lambakan tempat berkaraoke seumpa ini. Bila lagi nak tutup?
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membuat keputusan menghentikan pengeluaran lesen karaoke kotak selepas menerima laporan negatif dari pelbagai pihak kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu mengenai operasi hiburan berkenaan.
Aduan yang sering diterima PBT tersebut ialah sebahagian besar pengunjung terutamanya remaja yang berhibur di pusat-pusat hiburan yang menyediakan karaoke kotak sering berperangai tidak sopan.
Tinjauan di sebuah pusat beli belah terkemuka di bandar ini semalam, mendapati lebih 40 karaoke kotak tidak lagi beroperasi dan lengang berbanding sebelum ini.
Rata-rata pengunjung pusat beli belah yang ditemui menyambut baik keputusan MPK yang tidak membenarkan pusat hiburan itu beroperasi kerana ia lebih memberi kesan negatif terutama kepada golongan remaja.
Seorang pengunjung, Hamidah Abdullah, 39, berkata, keputusan MPK adalah tepat ketika orang ramai memandang serong kewujudan karaoke kotak itu yang seolah-olah menggalakkan orang ramai terutama golongan remaja bersosial.
“Karaoke Kotak ini biasanya menjadi pilihan golongan remaja dan mereka terdedah kepada perlakuan negatif seperti berpelukan bersama pasangan masing-masing dan ini memberikan pandangan yang kurang sopan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan dan Peniaga Kecil MPK, Datuk Suhaimi Sulong, berkata, keputusan menghentikan pengeluaran lesen kepada pengusaha terbabit berdasarkan aduan diterima.
Menurutnya, kewujudan karaoke terbabit menimbulkan rasa tidak selesa dan permasalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan maksiat adalah sebab keputusan itu dibuat.
“Namun begitu, kita masih membenarkan perniagaan karaoke yang berkonsepkan famili bagi memastikan operasi perniagaan itu lebih terkawal.
“Setakat ini, pengusaha terbabit akur dengan peraturan dan semua karaoke kotak yang beroperasi di beberapa pusat beli belah dan premis perniagaan tidak lagi beroperasi sejak awal tahun ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment