Apa Agenda Guan Eng Takut Nak ke KL?

Apa istimewanya Mahkamah Tinggi PP hingga mahu pindahkan kes samannya oleh Datuk Zainal sebanyak RM 30 juta dari KL ke sini ?
 Mengapa takut dibicarakan kes ini di KL ?? 
Sebab nak jimat bayar tol atau flight tiket ulang -alik ke Mahkamah ke ?? hahaha ... 
Adakah ia disebabkan Mahkamah Tinggi P.Pinang ini juga pernah menangkan Guan Eng dalam kes samannya terhadap Utusan Malaysia pada Disember 2011 lalu ?  KLIK SINI

**************
Guan Eng Senyum Ada Makna kat Tok Non Tu..

Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan memfailkan permohonan rasmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kes saman malu RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk dibicarakan. 

Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan bantahan kepada permohonan yang bakal dikemukakan oleh Guan Eng itu. Saman itu berhubung kenyataan Guan Eng mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

 Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 20 Mac ini untuk pengurusan kes saman tersebut. Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 2 hingga 6 April untuk perbicaraan kes saman tersebut. Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Guan Eng telah menerbitkan kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di dalam akhbar Keadilan Daily pada 3 Julai dan di dalam akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.

1 comment:

Unknown said...

Apa agaknya helah si Guan Eng ni skrg?

PUTERI SPIN GELARAN TERKINI NURUL IZZAH. Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...