Guan Eng Makin Pening.. Berapa Banyak Bala Menimpa Daa..


A.S: Mungkin tuhan nak tunjuk, belumpun hilang pening kapala Guan Eng dalam  menjawab persoalan mengenai skandal pembangunan Bayan Mutiara, BN Pulau Pinang pula mendesak jawapan dari Guan Eng samada projek bina 1500 rumah dalam projek SPICE diberikan secara tender terbuka atau tidak.

Guan Eng perlu jawab segera kerana rakyat Pulau Pinang nak tahu. Bukannya parti politik sahaja yang desak penjelasan hal ini..
Kalau benar Guan Eng telus, sila jelaskan dengan segera supaya kekaburan dan pertanyaan rakyat Pulau Pinang ada jawapannya. 
Guan Eng nampaknya sekarang ini gemar  main buat kerja senyap-senyap dibelakang nampaknya.
Apalah yang disorokkan olehnya. Seolah-olah ada rahsia besar yang sedang disembunyikan.

***********

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan sama ada kebenaran yang diberikan kepada pemaju untuk melaksanakan projek pembinaan 1,500 unit rumah dalam projek SPICE dilakukan melalui sistem tender terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, penjelasan itu penting kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini sering melaungkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya. “Rakyat perlu tahu sama ada kebenaran yang diberikan kepada pemaju untuk membina rumah dalam projek pembinaan pusat konvensyen dan pameran antarabangsa bawah tanah yang dikenali sebagai SPICE itu dilakukan melalui sistem tender terbuka atau rundingan.

“Projek yang membabitkan kos RM300 juta di atas tapak Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) membabitkan kepentingan rakyat negeri ini, jadi rakyat perlu tahu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Perjanjian Konsesi SPICE ditandatangani oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan pemaju, Eco Meridian Sdn. Bhd., anak syarikat SP Setia Berhad pada tahun lepas. Namun, pembinaan SPICE dikatakan hanya akan memberi kelebihan kepada pemaju menerusi pelbagai keistimewaan serta menyebabkan hasil yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri ini hilang begitu sahaja. - UTUSAN

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...