A.S: Si Jessie Ooi ini diliwat oleh amalan kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan dan diperjuangkan sendiri oleh juak pakatan haram..
Korang lihat dan nilaikanlah sendiri tingkahlaku juak pakatan haram ini.
Puak-puak ni memang pantang kalau dikritik atau ditegur walaupun demi untuk kebaikan rakyat.
Sapa yang berani kritik atau sound mereka dengan serta merta tindakan akan diambil.
Inilah erti kebebasan yang kononnya dilaungkan oleh juak pakatan haram jadah.
Andaikata mereka ini diberi peluang memerintah negara, aku yakin sesiapa yang berani melawan kerajaan selepas ini tak mustahil akan diambil tindakan keras/tindakan undang-undang.
Kerajaan pakatan akan mengamalkan pemerintahan rejim ala kuku besi sekiranya mereka memerintah.
Ingatlah dan berwaspadalah..
Jangan nasik menjadi bubur..
**********
Sekumpulan
ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menyuarakan rasa tidak
puas hati mereka terhadap kenyataan Ketua Beliawanis MCA, Jessie Ooi yang
mengecam kakitangan majlis tempatan itu kerana menjalankan tugas mengunci roda
kereta.
Mereka berikrar untuk mengambil tindakan terhadap Jessie dan bentuk tindakan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada hari Jumaat.
Mereka berikrar untuk mengambil tindakan terhadap Jessie dan bentuk tindakan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada hari Jumaat.
Kumpulan itu mahu Jessie menarik balik kenyataannya mengenai tindakan mengunci tayar dan menunda kereta di Pulau Pinang oleh kakitangan majlis, kerana mendakwa "tuduhan itu semuanya tidak berasas ".
Ahli majlis berkenaan memberi Jessie sehingga Jumaat ini untuk
menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya itu.
Jessie menjadi terkenal dalam sekelip mata ekoran cara dia mengemukakan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semasa debat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pada 18 Februari lalu di Kuala Lumpur.
Selepas menjadi sasaran hebat kritikan berhubung kenyataannya itu, Jessie berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnahnya di Internet.
Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh ahli majlis itu di bangunan MPPP di Padang Kota Lama hari ini, klip video ditayangkan, yang menunjukkan aksi Jessie itu.-MK
No comments:
Post a Comment