Blogger Mana Ni Yang Minta Maaf Isu Video/Gambar Bogel Artis?
Sesudah hampir dua minggu tercetus kontroversi penyebaran gambar bogel membabitkan pelakon Karipap Karipap Cinta, Melia Aimelia, 18, akhirnya pengendali laman hiburan tanah air, Rotikaya.com menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon itu dalam majlis ringkas diatur Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), semalam.
Rotikaya.com diwakili Mohd Ismail Baharudin menyatakan kekesalan berhubung insiden berkenaan dengan menyifatkannya salah faham selain mengakui kesilapan pihaknya melalui laporan ditulis di laman hiburan berkenaan. “Kami (Rotikaya) memohon maaf kepada Melia Aimelia dan seluruh ahli keluarganya dengan disaksikan wartawan serta ahli Seniman berhubung kontroversi dicetuskan.
“Kami juga berharap salah faham yang berlarutan sejak dua minggu lalu berakhir di sini,” katanya di majlis yang diadakan di Saloma Bistro. Industri hiburan tanah air pada 12 Mac lalu dikejutkan dengan laporan Harian Metro apabila Rotikaya.com mengesahkan memiliki video bogel yang didakwa milik Melia Aimelia, namun pelakon muda berkenaan tampil menafikan kenyataan dikeluarkan pengendali laman hiburan berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment