Penyokong DAP dalam forum ini menunjukkan sikap ketidakmatangan dengan membuat kacau, melemparkan kata kesat malahan mengugut untuk memukul Tan Chen Liang kerana tidak dapat menerima kritikan yang dilemparkan.
Adakah ini yang dibanggakan oleh DAPig kononnya mereka perjuangkan hak kebebasan bersuara sedangkan pada masa yang sama apabila tidak sealiran pendapat, sanggup gelarkan orang itu sebagai 'AYAM TUA'??
********
Pemimpin BN yang berucap di sebuah forum anjuran akhbar berbahasa Cina - Kwong Wah Jit Poh dan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang - dilaporkan diganggu oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Ketua Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata beliau kesal kerana penyokong Pakatan bertindak "membuat bising dan bersikap membuli" di forum malam tadi, serta melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dan pemimpin BN yang lain.
300 kerusi telah diperuntukkan kepada penyokong BN dan Pakatan. Penyokong BN, katanya, telah menunjukkan sikap "profesionalisme dan gentlement' mereka semasa menghadiri majlis tersebut.
"Penyokong Pakatan hanya datang untuk mengganggu forum tersebut, bukan untuk mendengar perbahasan yang rasional. Mereka menggunakan pelbagai kata-kata kesat dan ganas untuk menyerang saya," katanya kesal.
"Beberapa orang mengancam untuk memukul saya dan saya terpaksa diiring keluar dari majlis forum itu oleh penganjur dan kumpulan anggota RELA," tambahnya.
"Ini adalah politik samseng dan mesti dikutuk. Saya dijemput oleh pihak penganjur untuk bercakap mengenai isu-isu wanita, mengapa mereka tidak boleh mendengarnya secara profesional?" soalnya.
Tan berkata, ahli Pakatan seolah-olah tidak dapat menerima kritikan dan menasihatkan rakyat supaya berfikir masak-masak sebelum memilih mereka memerintah negara kerana mereka telahpun menunjukkan "sikap autoritarian" mereka.
Beliau berikrar untuk terus bercakap perkara yang benar dan sama sekali tidak gentar dengan tindakan ganas tersebut.

Penceramah lain di forum itu termasuklah Ketua Wanita Gerakan, Ng
Siew Lai; Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tan Yee Kow.
Penyokong mereka bertindak mengeboonya dan ada yang memanggilnya "Iao geh boh" (ayam tua), sambil berdiri dengan menuding ibu jari mereka ke bawah.
Moderator cuba menenangkan keadaan. Semasa sesi soal-jawab,
seorang meminta pemimpin Pakatan yang hadir supaya menenangkan penyokong mereka.
Dan Chong Eng menjawab bahawa beliau hanya seorang penceramah dan tidak boleh campurtangan tanpa permintaan moderator.
"Inilah yang berlaku di Parlimen. Apabila seseorang mengadu, speaker akan kata kedua-dua belah pihak sama saja".-MK

No comments:
Post a Comment