Kaki Lipas Dalam Spageti Pizza Hut

Mahkamah Rayuan Jumaat mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen memerintahkan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd membayar ganti rugi RM55,000 kepada penyarah kolej swasta yang sakit selepas menikmati hidangan 'spageti bolognese' yang mengandungi kaki lipas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara, menolak permohonan syarikat itu untuk kebenaran bagi merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff yang mengetuai korum itu bersama dua Hakim

Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Aziah Ali dan Anantham Kasinater juga memerintahkan restoran segera itu membayar RM3,000 sebagai kos. Anantham berkata perintah ganti rugi RM55,000 kepada Goh Sze Ching itu membuktikan Mahkamah Sesyen menghantar isyarat yang jelas kepada restoran makanan segera supaya sentiasa menjaga kebersihan makanan. Md Rais berkata, "Ia adalah untuk kebaikan masyarakat." ~bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...