Ketika UMNO Gua Musang sedang hangat dengan berita dilanda kemelut, krisis dalaman itu kini dikatakan berjangkit kepada UMNO Kubang Kerian apabila ada desas-desus mengatakan Ketua Puterinya, Azlinda Alis akan bertindak keluar parti.
Desas-desus itu kini tersebar meluas di beberapa tempat selain menjadi buah mulut orang ramai kononnya Azlinda tidak berpuas hati dalam beberapa hal tertentu berkaitan politik.
Namun, semasa dihubungi lewat malam tadi beliau menafikan sekeras-kerasnya desas-desus tersebut sengaja ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, dakwaan itu sama sekali tidak benar, malah beliau tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian.
“Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk keluar parti apatah lagi melafazkannya. Semua ini tidak benar dan saya nafi sekeras-kerasnya.
“Saya tidak pernah menyuarakannya tambahan pula saya tidak ada masalah dengan kepimpinan UMNO Kubang Kerian di semua peringkat, seluruh akar umbi, ahli jawatankuasa dan sebagainya lebih-lebih lagi dengan Puteri sendiri,” katanya.
Katanya, dakwaan itu tidak berasas dan ia hanya khabar angin semata-mata.
Khabar angin yang tersebar kini turut mengatakan Azlinda melepaskan jawatan dan bertindak keluar parti ekoran tidak puas hati kerana tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum 13 (PRU13) akan datang selain dikatakan mempunyai masalah dengan beberapa ahli jawatankuasa Puteri UMNO di Parlimen Kubang Kerian.
2 comments:
hadapi la dengan tabah segala onak politik ni untuk mematangkan diri dalam menempuh liku2 perjalanan yg penuh cabaran...
pesan kat putru yg comel2 tu supaya tutup aurat...
pesanan ikhlas dari,
pejuang hamas...
Betul tu pejuang hamas...
Pesan kat putri-putri tu pakai tudung elok-elok molek-molek...berfesyen tu berfesyenlah juga tapi tutuplah dada betul-betul ya pakai yg labuh sikit tutup dada...amatlah santun kelihatannya ;)
Post a Comment