Beginilah mentaliti dari pecacai hingga pemimpin fuckatan, jika ada sesiapa jua yang mengkritik/menegur geng fuckatan, pasti akan dicop umno punya kerja/penulis upahan umno.
Jenis limau purut tiga serangkai, buta perut tak boleh pakai depa ni.
Jelas dari tulisan Dr Ridhuan menunjukkan mentaliti dan cara modus operandi Pas memimpin negeri tidak dapat meyakinkan rakyat untuk memberi persepsi positif bagi mereka pergi lebih jauh untuk memerintah sehingga kerajaan pusat. Semuanya kacau bilau dan haru biru disebabkan kegagalan mereka untuk berpolitik dengan matang.
************************
Lanjutan artikel saya yang disiarkan minggu lalu, seorang Ahli Parlimen di utara Perak yang juga mempunyai doktor falsafah dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, menuduh saya bodoh dan menjadi penulis upahan Umno. Tuduhan tanpa bukti ini agak sukar untuk saya terima kerana datang daripada seorang pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Namun, saya tidak hairan akan ketidakmatangannya, kerana beliau hanya mengkhusus dalam bidang kajian organisasi, bukan bidang politik dan kerajaan. Jika dia tuduh saya bodoh, saya yakin dia lebih bodoh. Setelah sekian lama menceburkan diri dalam politik, sepatutnya beliau menjadi lebih alim, tetapi tulisannya menyerlahkan kejahilannya.
Fokus tulisan saya adalah beza antara parti politik dan kerajaan. Parti politik bersifat sementara, manakala kerajaan akan terus kekal selagi ada negara. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik hanya ruling party kepada kerajaan.
Tidak ada sebuah parti politik pun yang boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah kepunyaan bapaknya walaupun mungkin parti itu memperoleh majoriti untuk menguasai kerajaan. Asas-asas ini perlu difahami. Jika tidak sia-sia sahaja menceburi bidang politik.
Pemikiran sebegini bukan sahaja tidak layak beliau mentadbir negara, apatah lagi untuk diundi dalam PRU13 akan datang. Inilah sikap sebahagian pemimpin ekstrem Islam yang rakus untuk berkuasa. Mereka tidak membaca sepenuhnya artikel ditulis.
Saya tidak hanya mengkritik Pas, tetapi turut mengkritik Umno dan BN. Saya turut mencadangkan agar Umno dan BN memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Namun, beliau mengatakan saya hanya memberikan pandangan sebelah pihak. Saya harap hatinya tidak menjadi buta disebabkan oleh fanatik kepartian.
Selaku seorang pemimpin Islam berpengalaman, sepatutnya kita menerima kritikan secara terbuka. Ini tidak, pantang dikritik sedikit, ibarat cacing kepanasan. Inikah sikap anak kepada seorang ulama dan pemimpin tertinggi Pas? Malang sungguh Pas mempunyai pemimpin seperti ini.
Jika masih tidak faham biar saya ulang. Parti yang menguasai kerajaan hanya berlaku dalam negara komunis. Saya tidak kata Pas itu komunis. Kecuali yang makan cili… Saya hanya persoalkan, kenapa kerajaan Kedah perlukan Pas sebagai penasihat sedangkan kerajaan Kedah adalah kerajaan rakyat? Bukankah semua Exco Kedah itu warak-warak belaka? Adakah kita masih tidak mempercayai mereka?
Lagipun kerajaan tersebut adalah Kerajaan Negeri rakyat Kedah, bukan kerajaan Pas? Apa kata wakil-wakil rakyat lain yang bukan Pas? Terdapat beberapa jenis parti politik dunia hari ini yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan. Ia dibahagikan kepada empat jenis iaitu, sistem satu parti (parti komunis), sistem dwi parti (seperti yang diamalkan Amerika dan Britain), sistem pelbagai parti (Malaysia) dan sistem parti dominan (Singapura).
Malaysia boleh jatuh dalam dua kategori, sistem pelbagai parti dan parti yang dominan (Umno). Kebiasaannya, parti-parti politik bertanding dan mendapat majoriti akan menguasai kerajaan. Parti politik yang mempunyai majoriti di Parlimen atau DUN berkuasa untuk melantik menteri atau Exco kerajaan negara/negerinya. Menteri/Exco yang dilantik berkuasa untuk menentukan hala tuju kementerian dalam kerajaan yang diterajuinya.
Begitu juga terdapat perbezaan antara Parlimen dan kerajaan. Parlimen juga bukan kerajaan. Institusi Parlimen mewakili rakyat. Wakil rakyat yang dipilih rakyat hanya menjalankan urusan kerajaan. Namun, jika sesebuah parti tidak mendapat majoriti dalam Parlimen, mereka mesti menghormati parti-parti politik lain yang turut dipilih rakyat dan membentuk kerajaan campuran. Dalam kata lain, wakil rakyat hanya mengisi kerusi di Parlimen bagi membolehkan urusan kerajaan berjalan.
Minggu lalu, Pas melantik seorang pemimpin berasal dari Kelantan untuk mengetuai panel lima orang dalam jawatankuasa pemandunya bagi memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri dipimpin Pakatan Rakyat. Menurut Pas, jawatankuasa itu tidak mencampuri urusan negeri, hanya beri teguran kepada pemimpin negeri tersebut mengikut saluran parti.
Antara isu yang akan ditekan jawatankuasa berkenaan ialah sikap kerajaan Kedah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). Persoalan saya, adakah Pas kekurangan cerdik pandai dan ulama kalangan orang Kedah untuk mengetuai jawatankuasa tersebut? Tidakkah orang Kedah lebih faham keadaan politik negeri Kedah?
Persoalan siapakah yang memberikan mandat atau legitimasikan kepada jawatankuasa pemandu ini untuk beri nasihat kepada kerajaan yang diwakili wakil-wakil rakyat terdiri dari pelbagai parti dan latar belakang berbeza? Ia hanya boleh berlaku jika hanya satu parti yang berkuasa seperti berlaku dalam kerajaan komunis.
Justeru, saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya berfikir dua kali. Jika kita mengatakan orang lain tidak betul, maka tunjukkanlah bezanya antara kita dengan orang lain itu. Tidak rugi melakukan muhasabah dan mengakui kelemahan sendiri.-SH
No comments:
Post a Comment