Nice Artikel: Isu Sampah, Rakyat Menyampah!
Kalau tidak sabar saya, atau mungkin juga orang lain, boleh sesak nafas dan mati mengejut, gara-gara ingin menjadi pejuang sampah. Maka, fikir punya fikir, lebih baik tenangkan fikiran dan lapangkan dada supaya tidak diserang sakit jantung.
Sudah sebulan sampah bertimbun tidak dipungut di kawasan perumahan PJS 9, Bandar Sunway. Dulu-dulu timbunan sampah pukal seperti ini – terdiri daripada potongan dahan dan ranting pokok, kerusi, meja, tilam buruk dan sebagainya – dipungut seminggu sekali. Sampah domestik biasa sebelum ini dipungut tiga kali seminggu. Sejak sebulan dulu pungutan menjadi dua kali seminggu. Sekarang sampah dipungut hanya sekali seminggu.
Tong sampah di hadapan rumah sudah padat, baunya mengundang lalat dan langau. Sudahlah sampah domestik dipungut hanya sekali seminggu, sampah pukal pula tidak dipungut dan bertimbun di merata tempat. Sebagai pembayar cukai pintu, saya patut menuntut pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membersihkan sampah yang busuk lagi meloyakan kehidupan. Maka saya pun menghubungi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), bukan kali pertama malah kali ketiga dalam sebulan. Saya menjadi bola dalam talian.
Telefonis di talian am tidak dapat membantu saya mengenai sampah, sebaliknya meminta saya menelefon nombor Bahagian Aduan Sampah. Lima kali mendail, suara yang kedengaran sama sahaja: “Haraf maaf, semua talian pegawai aduan kami sedang sibuk.” Saya mendail pula hotline, dan mendapat jawapan dan nada suara yang sama. Sibuk betul pegawai-pegawai aduan MPSJ!
Setengah jam mencuba akhirnya saya dapat bercakap dengan seorang petugas di bahagian sampah, lunak manja suaranya, tetapi jawapan yang saya terima sama seperti aduan-aduan saya sebelum ini: “Saya terima aduan tuan, dan kita akan hantar pegawai untuk melawat kawasan berkenaan.” Saya tidak puas hati dengan jawapan seperti itu, dan menegaskan kepada si suara manja itu: “Maaf, saya tidak mahu awak hantar pegawai melawat kawasan, saya mahu sampah itu dipungut.
Sudah tiga kali saya buat aduan, jawapan awak sama sahaja. Tukarlah skrip lain...” Si manja memberikan nombor talian terus pegawai khas mengenai sampah-sarap. Sekali dail sahaja, terus ada yang menjawab. Malangnya saya diberitahu ‘pegawai sampah’ tidak ada di mejanya “kerana pergi meninjau kawasan.” Saya kemudian diberikan nombor telefon bimbit pegawai yang sedang meninjau kawasan. “Saya ada di kawasan lain,” kata pegawai tersebut ketika saya hubungi. “Masalah sampah pukal itu memang kami akui, kami sedang berusaha untuk membantu.” Saya pun mengadu mengapa sampah pukal tidak dipungut seperti dulu-dulu, dan sampah domestik dipungut hanya sekali seminggu. “Kami akan usahakan tuan...” Itu pun jawapan yang sama seperti aduan-aduan sebelumnya.
Begitu susah-payah saya mendail dari satu nombor ke nombor lain, jawapannya bukan sahaja tidak meyakinkan, tetapi menyesakkan nafas. Apa pun pegawai-pegawai berkenaan tidak patut disalahkan. Saya percaya mereka telah melakukan yang terbaik dari segi pemantauan. Pada hemat saya yang bersalah ialah Kerajaan Negeri. Entah apa sebabnya kontrak pungutan sampah yang selama ini diberi kepada Alam Flora tiba-tiba ditamatkan. Sejak Oktober 2011 Kerajaan Negeri memutuskan untuk mengambil alih tugas menguruskan sampah. Orang ramai mengharapkan keadaan yang lebih bersih dan lebih segar apabila urusan sampah ditadbir terus oleh PBT.
Tetapi ternyata sejak awal lagi Kerajaan Negeri tidak bersedia untuk melawan sampah. Berbagai alasan diberi mengapa sampah tidak dapat dipungut mengikut jadual. Sesetengah alasan tidak masuk akal, kononnya ada pihak yang sengaja menimbunkan semula sampah yang telah dipungut. Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan, dan sampai sekarang menjadi bahan lawak. Kemudian baru diakui dan diketahui punca sebenar sampah tidak dipungut. Antaranya banyak syarikat yang diberi tugas membersihkan sampah tidak mempunyai lori dan peralatan yang diperlukan.
Pelik tetapi benar, mengapa syarikat yang tidak ada lori sampah diberi tugas memungut sampah? Bagaimana kaedah pemilihan dan pemberian kontrak dilakukan? Ada lori atau tidak ada lori, saya harap sehari dua ini sampah di kawasan saya dibersihkan. Kalau tidak saya akan berpakat sesama penduduk menghimpunkan sampah pukal di padang permainan kanak-kanak, untuk dibakar. Kesabaran kami pun ada batasnya!
ABDUL JALIL ALI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sepatutnya orang selangor lambak je sampah tu di pejabat MB, pejabat PBT atau kat rumah wakil rakyat. biar diorang dapat ambil bau juga. nak saman rakyat buat kerja macam ni?
1Malaysia semua...
Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.
Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan.
Kalau berminat, sila layari :
(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html
(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com
( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)
Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.
Belum cuba belum tahu, selamat melabur.
Post a Comment