Pok nik anda mungkin dari golongan org yg kaya .
Jadi tak perlulah nak ambil gaji dan elaun...tapi rakyat kelantan tu semua kaya ka...
Zaman sekarang semuanya kena bayar...nak makan pun susah...nak minum pun terpaksa beli air mineral kerana air paip sangat kotor.
Cuba anda keluar melawat keadaan hidup rakyat di Kampong nuu..macamana kenyataan nya?
Jangan hanya tengok 5-6 biji banglo yg disebelah rumah saja...
Sebenar nya anda gagal nak bela dan mempertahan islam selama 20 tahun anda perentah kelantan...
Pok Nik hanya berdakwah kepada org yang baik yg selalu hadir kuliah tu dah org baik...tapi yg beratus ribu diluar yg tak hadir kuliah tu macamana?
jenayah meningkat...kes bunuh meningkat...anak muda terlibat dadah meningkat..apa yg tak ada diKelantan...bukan sama dgn negeri lain tapi lebih teruk....apa punca nya?
Kalau anda menuding jari juga itu tandanya anda tidak bertanggung jawab....
Kalau ada kerja adalah duit..dan boleh ada masa nak beribadat..
Tapi ada ka lamabakan peluang pekerjaaan yang ditawarkan di Kelantan ?
***************
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pendekatan beliau memperjuangkan dasar 'negara berkebajikan' sepanjang dua dekad lalu telah membawa impak besar dalam membantu rakyat Kelantan walaupun ia nampak kecil. Beliau yang menyandang jawatan Menteri Besar bermula 1990 berkata, sejak mengetuai Kerajaan Kelantan beliau tidak pernah mengambil pemberian elaun-elaun kerajaan, sebaliknya sanggup hidup bersederhana bersama rakyat.
"Saya tidak pernah menggunakan wang kerajaan. Saya tak tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan. "Selama ini juga saya tidak ambil elaun yang diberikan oleh kerajaan. Sebagai contoh sebulan dapat RM5,000. Cuba bayangkan kalau setahun," katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini, malam tadi. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir pada majlis malam tadi telah mengetengahkan dasar negara kebajikan pihaknya ketika menyampaikan ucapan dasar pada muktamar Jun lalu.
Pas juga menjadikan konsep negara berkebajikan sebagai tema manifestonya pada Pilihan Raya Umum 2008. Mengulas pendekatan kepimpinan Kerajaan Negeri, Nik Abdul Aziz juga berkata, elaun sambutan Aidilfitri dan Aidiladha yang diberikan kerajaan iaitu sebanyak RM30,000 hingga RM50,000 tidak pernah diambilnya. Jelasnya, tindakan tidak mengambil elaun yang diberi oleh kerajaan telah menjimatkan banyak duit rakyat.
"Jika pemimpin ada sikap begini, rakyat miskin tidak akan jadi bangsat sebab mereka akan dapat bahagian mereka atas keperihatinan kita yang memimpin. "Kita perlu memimpin berlandaskan dengan cara Islam sebab Islam itu sebuah badan kebajikan yang menolong orang," katanya. Tambah Nik Abdul Aziz, konsep mengharamkan riba di Kelantan juga membebaskan negeri itu daripada premis judi.-SH
***********
Hangpa Tengok ayat last yang tak bleh tahan tu, masuk bakui angkat sendiri.
Puji diri sendiri nampak?
Namun malang sekali, apa yang dikata dusta belaka tidak berpijak di bumi nyata.
Ramai lagi orang Klate yang menjadi 'bangsat' seperti yang pok Nik kata. Banyak mana sangat hasil penjimatan itu dibandingkan 'jutaan' ringgit yang terpaksa dibelanja untuk elakkan rakyat Klate menjadi 'bangsat'?
Pok Nik memang suka cakap ikut mulut main sedap saja tanpa berpijak di bumi nyata.
Sudah-sudahla tu Pok Nik.. Dah lama dah...
3 comments:
Kan dia 'ARTIS'. Dia sendiri yang minta orang ramai menganggap dia seorang artis. Jadi tarafnya samalah ngan 'Erykah Badu' yang ada tattoo tu!!. Dia berlakon jer tu. RM5,000 tak jadi hal ngan dia. Dia dah biasa ngan RM5 juta. Tengok jerlah dia pergi haji packagenya berapa?. Kalau dah pelakon tu, berlakon jerlah Ajis oiii!!!. Kalau betul wang tidak kisah dan ingin menjaga 'welfare' berhenti jerlah jadi MB tu. Bagi peluang ngan orang lain pulak. Cakap tak serupa bikin. Heran aku cam mana orang boleh percaya ngan Ajis nih!!!. Tak hebat mana pun si Ajis ni.
Kan dia 'ARTIS'. Dia sendiri yang minta orang ramai menganggap dia seorang artis. Jadi tarafnya samalah ngan 'Erykah Badu' yang ada tattoo tu!!. Dia berlakon jer tu. RM5,000 tak jadi hal ngan dia. Dia dah biasa ngan RM5 juta. Tengok jerlah dia pergi haji packagenya berapa?. Kalau dah pelakon tu, berlakon jerlah Ajis oiii!!!. Kalau betul wang tidak kisah dan ingin menjaga 'welfare' berhenti jerlah jadi MB tu. Bagi peluang ngan orang lain pulak. Cakap tak serupa bikin. Heran aku cam mana orang boleh percaya ngan Ajis nih!!!. Tak hebat mana pun si Ajis ni.
nik aziz adalah ulamak tao x..knp pakcik admin n anonymous suka kutuk n hina ulamak ni....apa diri pak cik admin tu bagus ka?kalo diberi peluang,mampukah pakcik admin memimpin sebuah negara mengikut acuan islam disamping tetap menjaga kebajikan setiap penduduk seperti zaman umar abd aziz?
Post a Comment