Orang Lain Yang Bergaduh, Anak Nazri Aziz Yang Kena Fitnah

Polis telah membersihkan anak Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz daripada apa-apa penglibatan dalam pergelutan yang melibatkan pengawal peribadi dan seorang pengawal keselamatan.

 Dilaporkan bahawa Ketua Polis daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata semalam "ia adalah kes jelas" yang melibatkan pengawal keselamatan dan pengawal peribadi Mohamad Nedim.

 "Ini merupakan kes yang kecil. Kami telah mengemukakan kertas siasatan kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya). Saya tidak tahu mengapa dan bagaimana orang lain (Mohamad Nedim) telah diseret ke dalam ini,'' English daily memetik kata-kata beliau.

Juga dimaklumkan bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan pergaduhan.

 Beberapa portal berita dalam talian telah melaporkan dakwaan terhadap Nedim dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu secara saksama. Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara pada malam Selasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...