Sehingga kini perhatian masyarakat masih lagi tertumpu pada tingkahlaku
biadap dan kurang ajar beberapa orang pemimpin pembangkang semasa
pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul
Halim Muíadzam Shah pada 11 April 2012.
Mereka yang dikatakan
terbabit mengejek dan memperlekehkan Raja-Raja Melayu itu antaranya
ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua.
Bagaimanapun mengikut laporan terbaru, kedua-duanya telah menafikan
dakwaan tersebut.
Dalam kenyataan penafian mereka, dakwaan
tersebut dianggap sebagai serangan peribadi dan propaganda yang sengaja
dimainkan oleh UMNO. Pendek kata, tiada apa yang berlaku dan semuanya
hanya rekaan semata-mata. Itu kata mereka.
Azmin mempersoalkan
bagaimana Dr Rahman Kadir yang dikatakan bertugas sebagai pegawai
perubatan pada majlis berkenaan boleh duduk di Balairong Seri dan
mendakwa melihat sendiri kejadian itu. Saya tidak tahu apa tohmahan yang
dibuat dan ini jelas propaganda UMNO serta Barisan Nasional yang gagal
menjawab isu rakyat,î katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan Dr Rahman mendakwa melihat Ahli
Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis
pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Sementara itu, Tian
Chua, mendakwa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu
seperti yang dicadangkan beberapa pihak tidak berasas kerana ia tuduhan
tanpa saksi.
Samada
Azmin mahupun Tian Chua mereka berhak menafikan dan menganggapnya
sebagai cerita rekaan & propaganda kerajaan ataupun UMNO.
Tapi kenyataan penafian tersebut sebetulnya belum kukuh untuk menafikan
segala dakwaan oleh Dr Rahman malah pada 13 April lepas Dr Rahman tetap
tegas menyatakan kelakuan biadap membabitkan Azmin Ali, Tian Chua dan
beberapa pemimpin pembangkang yang lain itu sememangnya wujud.
Malah
menurutnya, ramai saksi yang turut melihat perbuatan biadap dan kurang
ajar beberapa pemimpin pembangkang. Dikalangan khalayak ramai juga sukar
untuk menolak kesahihan peristiwa berkenaan apatah lagi dakwaan
tersebut bukannya dari ahli politik yang berkepentingan sebaliknya
datang dari rakyat biasa yang cintakan tanahair dan rajanya.
Sejarah
penderhakaan beberapa pemimpin pembangkang dan penyokong mereka
misalnya kelakuan biadap mereka dalam isu peralihan kerajaan PR Perak
tahun 2009 yang lepas juga masih segar dalam ingatan rakyat.
Demikian
juga dengan langkah tidak beradat Karpal Singh yang cuba menyaman
Sultan Perak tentu sahaja menjadi perbandingan logik yang sukar sekali
untuk khalayak menolak kebenaran dakwaan Dr Rahman.
Cara paling
mudah untuk menentukan siapa yang betul dan salah ialah mahkamah. Azmin
dan Tian Chua wajib mengambil tindakan segera menyaman Dr Rahman Kadir
bagi memperbetulkan keadaan jika yakin kebenaran berada dipihak mereka.
Penafian sahaja seumpama melepaskan batuk di tangga dan tidak akan mematikan perhatian umum terhadap isu tersebut.
Di
pihak Dr Rahman Kadir pasti sahaja beliau tidak bermasalah menghadapi
tindakan undang-undang sementelah lagi dakwaannya juga disokong oleh
beberapa orang saksi yang pastinya tidak teragak-agak untuk naik turun
mahkamah demi membuktikan kebenaran.
Soalnya sekarang, adakah
Azmin Ali dan Tian Chua berani mengambil langkah sedemikian sedangkan
mentor mereka sendiri, Anwar Ibrahim hanya berani memfailkan sahaja
saman terhadap Nallakaruppan namun writ saman hingga kini masih gagal
diserahkan untuk menyegerakan proses perundangan.- SUMBER
No comments:
Post a Comment