Bershit Menyusahkan Rakyat! Orang Nak Akad Nikah Pun Kacau!


Majlis akad nikah sepasang pengantin baru di Masjid Negara di sini hari ini kehilangan serinya apabila terpaksa bersesak dengan peserta perhimpunan Bersih di kawasan mulia itu.

Gara-gara Bersih juga, keluarga pengantin perempuan tersebut terpaksa menangguhkan majlis kenduri di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini yang dirancang pada pukul 12 tengah hari kepada 8 malam.
Menurut bapa kepada pengantin perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Zamani, dia kesal dengan penganjur Bersih yang tetap mahu mengadakan demonstrasi itu namun menganggap semua yang berlaku sebagai dugaan.

''Untuk mengelak kejadian tidak diingini, kami sekeluarga terpaksa sampai ke Masjid Negara seawal pukul 7 pagi tetapi majlis berlangsung lewat sedikit kerana jurunikah menghadapi masalah untuk masuk ke kawasan masjid akibat Bersih,'' katanya  beliau.

Katanya, majlis itu sudah dirancang sejak tahun lalu lagi dan tempahan telah dbuat pada Januari lalu.
Menurutnya, beliau berharap kerajaan akan mengambil tindakan awal yang lebih tegas kepada mana-mana penganjur demonstrasi pada masa depan agar kehidupan harian rakyat biasa tidak terganggu. - Utusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...