Kehadiran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang membuat persediaan untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di Kampung Skudai Kiri di sini semalam, mencetuskan rasa kurang senang di kalangan penduduk lantas berlaku sedikit kekecohan.
. Kekecohan, yang dilihat sebagai ujian awal ke atas beliau, berlaku apabila sebahagian mereka berkeras tidak mahu pemimpin parti itu mencampuri urusan berkaitan pemilikan tanah di kawasan berkenaan.
Kedatangan Salahuddin yang ditemani Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat bersama lebih 20 penyokong pada jam 12.25 tengah hari menerima sambutan dingin penduduk, malah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki diketuk dari luar sehingga memaksa pasukan polis datang untuk menenangkan keadaan.
Setelah keadaan beransur reda, Salahuddin yang kelihatan tenang kemudian menghampiri sekumpulan orang kampung yang sedang berkumpul setelah diberi tempoh sepuluh minit untuk bercakap oleh pihak polis.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini disahkan akan bertanding di Johor kali ini tetapi kerusinya belum disahkan lagi.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Skudai Kiri 2, Mohd Sultan Abdul Rahim berkata, kehadiran Salahuddin memang tidak dapat diterima, apatah lagi Pas tidak mempunyai cawangannya di kampung tersebut. Malah dakwanya, dokumen memorandum penduduk yang dibawa Suhaizan juga adalah salinan kepada apa yang telah disuarakan mereka selama ini.
“Bagi saya kehadiran mereka (Salahuddin dan Suhaizan) hanya menyemak di sini. Isu yang cuba dibawa juga telah kami perjuangkan sejak tahun 2003 lagi. “Kami yang membawa segala bentuk tuntutan penduduk Skudai Kiri kepada Ahli Parlimen, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Tiba-tiba orang Pas datang dan kata mahu perjuangkan nasib penduduk," katanya.
Menurut Mohd Sultan, terdapat 96 tanah bergeran, 11 lesen pendudukan sementara (TOL) dan 434 lagi permohonan TOL masih diproses, yang mana kesemuanya terkandung dalam memorandum yang telah dihantar lebih awal. Sementara itu, bekas ketua kampung, Mohamed Ibrahim berkata, segelintir penduduk tidak faham dan tidak sabar dengan permohonan yang dibuat, lalu mewujudkan laluan kepada orang luar untuk mengambil kesempatan. Katanya, segala permohonan yang dibuat itu perlu melalui prosedur dan protokol yang ditetapkan.
“Sebagai contoh, kawasan yang ditambak di bahagian belakang bukan sebahagian daripada kampung itu tetapi adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). "Namun, kontraktor datang memberi pampasan, malah laluan sungai untuk kegunaan nelayan juga telah diusahakan,” katanya.
2 comments:
Abang, tengok ni tolol-tolol dah berkhemah atas siarkaki pulak
Live dari Dataran! Binatang dari Dataran kini buat kotor depan Bangunan Sultan Abdul Samad
Minta tolong link kan blog saya boss!
http://joepisang.blogspot.com/
awak tidak dialu-alukan di negeri kami din oiii.. pi la main kat kelantan tuh.. jgn confiden nak datang johor ni weh..
esok hapah tk dapat apa pun.. yg dikendong bertaburan yang dikejar tak dapat...
Post a Comment