Nizar Lambai Si Syaiton Besar Makin Melampau!

 IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tuduhan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin serta pegawai kanan tentera berhubung pilihan raya sebagai melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.  


Beliau berkata, dalam ceramah di Taman Desa Pakatan, Pengkalan pada Isnin lepas, Mohammad Nizar menggambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pemimpin tentera melakukan sesuatu berhubung pilihan raya sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka.


  “Dia (Mohammad Nizar) begitu celupar melemparkan tuduhan, dia tidak kisah mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan, dia tidak fikir implikasinya dan dia menggambarkan satu perkara yang menakutkan. Ini keterlaluan dan melampau,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan Kerajaan Negeri di sini, semalam.  


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Mohammad Nizar bahawa Najib telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan pegawai kanan angkatan tentera dan meminta mereka melakukan ‘sesuatu’ jika BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.  


Dalam ceramah itu, Mohammad Nizar turut mendakwa pemimpin dan pegawai kanan tentera itu enggan berbuat demikian dan akan tetap bersama-sama rakyat jika BN tewas dalam pilihan raya itu. 


Sehubungan itu, Zambry meminta Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa menyiasat dan meneliti perkara itu kerana Mohammad Nizar telah membuat tuduhan yang berat terhadap Perdana Menteri. “Dia menggambarkan seolah-olah berlaku pertikaman lidah antara Perdana Menteri dengan ketua-ketua dalam angkatan tentera. Ini satu perkara yang serius, kita tidak boleh keluarkan kenyataan seperti ini jika tidak ada faktanya,” katanya. Mohammad Nizar berkata, tidak berasa bersalah dengan perbuatan seperti itu asalkan beliau dapat memperdayakan masyarakat serta meraih sokongan politik. 


“Dia tidak rasa bersalah asalkan dia boleh memperdayakan orang, saya tidak faham watak dia yang sanggup lakukan apa sahaja. Ia serius apabila anda buat tuduhan BN cuba membuat “kudeta” jika tidak menang, ini kenyataan yang melampau,” katanya.--SH


A.S: Korang lihatlah betapa melampau dan terdesaknya si Nizar ni hingga sanggup mereka-reka cerita sesuatu perkara yang begitu sensitif. Suatu tindakan keras perlu diambil jika terbukti barua ni telah memfitnah! Dia dah merasa yang orang Perak telah menolak pakatan haram hingga terpaksa meraih simpati buat cerita fitnah. Dalam keadaan la ni, jgn bg muka walau sikitpun kepada puak pengadu domba rakyat ni. JAHANAM BETUL!


P/s-  A.S tensen sebab terpaksa update blog guna fon kerana laptop disabotaj tak boleh masuk edit blogspot. Camne nak buat ni?


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Unknown said...

Macam ni perangai pemimpin PAS? Tabur fitnah tanpa bukti? Mana pergi akhlak Islamiah?

BUKTI JELAS AMBIGA & BERSIH SENGAJA NAK CETUSKAN KEKACAUAN! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...