Pengacara Dibaling Dengan Telur. Live Video!



VOURHAS (kiri) cuba mengelak balingan telur dan yogurt di studio televisyen Epiros TV1 di Ioannina, utara Greece pada Jumaat lalu.

 ATHENS - Seorang pengacara stesen televisyen swasta, Epiros TV1, Panagiotis Vourhas dibaling dengan telur dan yogurt oleh sekumpulan penceroboh di bandar Ioannina, utara Greece pada Jumaat lalu.

 Menurut pihak pengurusan televisyen itu, seramai 17 orang menceroboh masuk dengan sebahagian muka mereka ditutup dengan sapu tangan.

 Ketika kejadian, Vourhas sedang mewawancara seorang ahli politik tempatan di studio televisyen itu. Baju dan muka pengacara tersebut terkena balingan telur dan yogurt itu.

 Para penceroboh itu merupakan sebuah kumpulan dari tenggara Greece yang marah kerana Vourhas mewawancara jurucakap parti Golden Dawn yang menyokong Nazi baru-baru ini. Jurucakap itu diwawancara Vourhas dalam program bual bicaranya. - Agensi

*****************


Jangan sampai juak pakatan haram pula kena baling telur pulak semasa ceramah mereka kerana jelas kita dapat lihat dan dengar akhir-akhir ini penipuan dan janji mereka yang menjahanamkan negara dilihat semakin menjadi-jadi!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...