Siapa Yang Tun M Maksudkan Puak Ekstremis Cina Yang Halang Kaum Cina Sokong BN


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata puak ekstremis Cina dilihat memainkan peranan bagi menghalang sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir berkata, sekalipun sokongan rakyat kini semakin berpihak kepada BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, sokongan kaum Cina masih dilihat sebagai penentu kepada kejayaan BN."Undi kaum Melayu berpecah tiga (Umno, PAS dan PKR), undi (kaum) Cina jadi undi penentu, (berdasarkan fakta itu) puak ekstremis ini mahu kaum Cina memainkan peranan lebih besar (dalam menentukan hala tuju politik negara)," katanya.

.Dr Mahathir berkata, majoriti kaum Cina di negara ini adalah dalam kalangan mereka yang berfahaman sederhana dan bukanlah ekstremis.

Namun, beliau berkata, puak ekstremis inilah yang memainkan pelbagai isu termasuk isu sensitif yang dilihat boleh menggugat perpaduan dan kesejahteraan yang dikecapi rakyat pelbagai kaum di negara ini."Apabila puak ekstremis ini kata (sesuatu), dia (golongan sederhana) tak berani nak lawan," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun yakin, pilihan raya umum ke-13 nanti akan lebih baik buat BN, berbanding pilihan raya umum pada 2008.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...