Tu Dia!! David Teo Kencing 50 Pelakon Lagi? Biar Betul!

50 artis akan tampil buat tuntutan pada David Teo wow!! menurut Saiful Apek 50 artis akan tampil buat tuntutan pada David Teo dalam sidang media yang dirancang akan datang. Permohonan maaf secara terbuka David Teo baru ini tidak lagi mampu meredakan kemelut kontrevesi mereka.

Saiful Apek masih lagi memperjuangkan hak beliau dan khabarnya lagi 50 orang selebriti tempatan yang lain. Kemelut Saiful Apek dan David Teo Dalam laporan Harian Metro hari ini, pelawak popular ini telah menuntut David Teo memulangkan wang pelaburan sebanyak RM200,000 yang di’salurkannya untuk 2 buah filem iaitu Anak Mami Kembali & Lady Boss sekitar tahun 2005 lalu.

 Menurut Saiful Apek lagi, beliau di’tawarkan berlakon dalam 2 buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000. Kemudian wang tersebut dilaburkan semula ke dalam kos pembikinan. Menurutnya lagi, Pada Ahad ini beliau akan mengadakan sidang media khas untuk kemukakan segala bukti dan dokumen yang beliau tandatangani untuk mengesahkan tuntutan beliau berjumlah RM200,000.

Dalam masa yang sama turut hadir 50 lagi artis yang akan tampil membuat tuntutan hak masing-masing terhadap David Teo

1 comment:

SHAH ALAM REBELS said...

Kami meminati blog tuan. Kami juga telah link kan blog tuan dalam blogroll kami. Harap tuan dapat link kan blog kami http://shahalamrebels.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...