Tu Dia! Ibnor Riza Sekali Pun Tak Pernah Mengundi

Penyanyi era 80-an, Ibnor Riza Ibrahim menjelaskan tidak pernah mengundi sepanjang hidupnya kerana tidak begitu tertarik dengan dunia politik tanah air. Ibnor Riza, 50, berkata, selama ini dia lebih gemar menjadikan dirinya sebagai individu 'atas pagar' dan tidak terlalu fanatik kepada mana-mana parti politik di negara ini. “Bukan saya tidak peka dengan perkembangan politik tanah air cuma saya tidak mahu ambil perhatian lebih atau jadi pengikut parti-parti tertentu.

“Apabila membabitkan soal politik, saya lebih selesa amalkan sikap 'atas pagar' dan jadi pemerhati saja. Bayangkan, selama ini saya tidak berminat melayan cerita-cerita politik sampai ke tahap saya tidak pernah keluar mengundi,” katanya. Ibnor ditemui ketika menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Umno di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Selain itu, penyanyi Amy (Search) dan Mus (May) turut mengikut jejak yang serupa. Borang keahlian mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh. Ketiga-tiga artis terbabit akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang. Ibnor yang berhasrat membuang undi buat kali pertama pada pilihan raya umum kali ini berkata, penyanyi Jamal Abdillah telah menyedarkan dia tentang kepentingan berada di bawah parti politik yang stabil seperti Umno.

“Saya tergerak hati untuk menyertai Umno selepas berbual-bual dengan Jamal kerana kami kerap bermain badminton bersama. Jamal pernah berkata golongan artis perlu bersatu untuk terus berjaya dan Umno mampu memajukan dan melindungi artis. “Saya sertai parti atas kesedaran sendiri dan secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau faedah,” jelasnya sambil menafikan penyertaannya dalam parti itu kerana kepentingan kerjaya.

Mengenai perkembangan lain, penyanyi lagu Mimpi Tak Sudah ini berkata hasratnya untuk mengeluarkan album baru masih tertangguh kerana senario industri muzik yang tidak menentu pada hari ini. “Sebenarnya saya sudah merakamkan 10 lagu baru termasuk beberapa lagu lama yang dirakamkan semula. “Kalau diikutkan album itu sudah siap sepenuhnya tetapi sampai ke hari ini masih belum dapat dipasarkan kerana kami masih mencari waktu yang sesuai memandangkan keadaan industri sedang nazak. “Saya harap dapat pasarkan album itu pada tahun ini juga,” jelasnya yang masih aktif memenuhi pelbagai undangan nyanyian

1 comment:

Anonymous said...

Ramai dikalangan orang yg tak pernah mengundi itu tidak faham atau sengaja buat tak faham diantara minat dan tanggungjawab didalam memilih pemerintah kerana mereka merasakan kehidupan mereka itu cukup selesa sekali..mereka hanya mementingkan keseronokan dan kepuasan diri sendiri dan tidak pernah peduli tentang susahpayah perjuangan generasi terdahulu,mahupun nasib generasi akan datang..bagi mereka mengundi itu hanya membuang masa tanpa memikirkan kesannya terhadap negara dan bangsa mereka dalam jangkamasa panjang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...