Setelah hampir satu minggu terlantar di Hospital Seberang Jaya, Saudara Amir Fadzil Che Ross, 38 yang juga Blogger D'Perbatasan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir petang tadi sekitar jam 3 petang, 1 June 2012.
Selain dari merupakan pemilik kepada Blog D'Perbatasan, Allahyarham juga merupakan Admin yang telah dilantik oleh pihak AMK Permatang Pauh bagi mengendalikan Blog AMK Permatang Pauh dan Facebook AMK Permatang Pauh.
Meskipun berada dalam keupayaan yang terhad kerana masaalah jantung beliau telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya itu sebaik mungkin.
Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital berikutan kompilasi jantung yang dialaminya seminggu yang lalu.
Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan juga seorang anak.
Jenazah kini berada rumahnya di Permatang Tengah, Permatang Pauh.
Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman.. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah seandainya arwah ada memfitnah mana-mana pihak sekalipun samda dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. Amin..
Al-Fatihah!!
-Anak Sungai Derhaka
No comments:
Post a Comment