Demi Allah, Benda Saya Tak Buat Langsung! – Shamsul Yusof



KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon berbakat besar, Shamsul Yusof, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubung dirinya yang dikaitkan menjadi penyebab seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikenakan tindakan disiplin.
Dalam satu kenyataannya yang dipetik dari Utusan Online baru-baru ini, Shamsul menyifatkan gosip tersebut sebagai fitnah yang cuba dilemparkan kepadanya dan ingin bersemuka dengan dalang yang menyebarkan dakwaan tersebut sekiranya benar mereka punya bukti berkaitan hal tersebut.
“Benda saya tak buat langsung! Kenapa orang nak buat cerita macam ini. Sebab itulah saya cakap saya nak jumpa orang yang buat fitnah ini. Tahu tak fitnah itu satu dosa besar. Kalau boleh, jumpa dan bawa sekali fakta atau bukti kalau betul saya buat benda-benda tu,” kata pengarah filem KL Gangster itu.
Timbul dakwaan sebelum ini mengenai seorang pengarah muda terkenal yang dikatakan telah ditahan penguatkuasa JPJ atas kesalahan memasang lapisan cermin gelap pada kenderaannya dan berlaku biadap dengan melemparkan kata-kata kesat pada pegawai tersebut.
Selain itu, identiti pengarah yang dikaitkan dengan Shamsul itu telah menghubungi ayahnya, seorang yang berstatus ‘Datuk’ (Datuk Yusuf Haslam) dan mengadu kepadanya, mengakibatkan pegawai penguatkuasa tersebut dikenakan tindakan disiplin kerana pengaruh bapanya itu.
Shamsul yang berang dengan dakwaan liar itu bagaimanapun mengaku bahawa dia ada ditahan penguatkuasa atas kesalahan berkenaan dan dikenakan tindakan saman baru-baru ini.
Namun, beliau menegaskan dan bersumpah dengan nama ‘Allah’ bahawa tidak sepatah pun mengeluarkan perkataan yang kasar, bersikap berlagak mahupun menghubungi bapanya berhubung insiden disaman penguatkuasa itu.
“Demi Allah, saya tak ada marah atau maki hamun penguatkuasa yang dimaksudkan. Memang dia ada minta lesen, iyalah saya mengaku salah sebab cermin gelap. Kena saman tak mengapalah, tapi mana ada saya maki hamun penguatkuasa tu. Jauh sekali nak bersikap berlagak,” katanya penuh geram.
Beliau turut kesal kerana nama ayahnya turut dikaitkan dalam fitnah tersebut dan meminta agar masyarakat serta peminat supaya tidak lekas mempercayai dakwaan atau gosip liar yang tidak berasas sebegitu.
Menurutnya, ibubapanya tidak pernah mendidik beliau untuk menjadi kurang ajar dengan mana-mana pihak dan menjelaskan bahawa dirinya tidak punya sifat sebagaimana yang diperkatakan itu.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
sumber: mynewshub.my

p/s: Puak Pakatan Tak Dapat Menafikan Lagi Gambar-Gambar Di Bawah Ini! Ini Pasti!!
Pakatan Haram Kena Beb!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...