Tu dia! Disneyland Di Ipoh. Zambry Bikin Pecacai Pakatan Hangin Lagi!

Negeri Perak dilihat makin maju dan makmur sejak dibawah tadbiran DS Zambry Kader. 
Biarpun ada puak rasis yang biadap sering menggelarkan beliau dengan pelbagai gelaran negatif diatas warna kulitnya, itu hanyalah umpama langau yang menghurung taik yang tak menjejaskan langsung konsentrasi DS Zambry untuk memakmurkan Perak.


Perak makin maju dan makmur di bawah kepimpinan UMNO/BN. Jika dibawah pakatan haram, tunggang langgang negeri dibuatnya, pusat hiburan dibukan tanpa sebarang kawalan dan negeri boleh berlubang teruk sebagaimana Selangor akibat pengambilan pasir yang berleluasa.


Apa yang Nizar buat? Nizar kerjanya hanya tau menderhaka dan biadap kepada orang lain macamlah dia maksum.. Pigidah Nizar...
PRU13 InsyaAllah BN akan terus memerintah Perak kerana rakyat Perak semakin yakin dengan karisma dan aura yang ada pada DS Zambry yang lebihkan bekerja, bukannya mencerca..

*****************

SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia. Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.

 Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu ‘fantasy forest’, ‘wacky world’, ‘pirates cove’, ‘lost canyon’ dan ‘pixel planet’, selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.

 “Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.

 Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa. Katanya, hotel itu yang kini 20 peratus siap meliputi bangunan hotel setinggi 12 tingkat, dua bangunan komersial sembilan tingkat dan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE). PCB memiliki Hotel Casuarina Ipoh di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, tetapi menjualnya kepada Impiana Hotel Ipoh Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM44 juta pada 2009 dan kini dikenali sebagai Hotel Impiana Ipoh.-HM

1 comment:

Anonymous said...

Naikkanlah kartun tempatan macam upin ipin dan boboboi. Jangan nak pandang barat je. Think out of the box sikit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...