Cadangan 7 Logo Baru Sambutan Hari Kebangsaan Yang Lebih Mengancam. Mana Satu Pilihan Anda? @NajibRazak


Logo sambutan hari kebangsaan pada tahun ini dikecam oleh pelbagai pihak. Kalau yang mengecam dari segi tema iaitu 'Janji Ditepati', biasalah itu dari pihak pembangkang. Mereka sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri dimana mereka lebih popular dengan slogan JANJI DITABURI.

Dalam hal tema, aku tiada masalah untuk sokong 100% terhadap tema tersebut. JANJI DITEPATI ternyata memang sesuai dan tepat sekali.

Yang menjadi polemik ialah rekabentuk logo yang terlalu ringkas, kelihatan tidak kreatif dan dilihat terlalu mudah untuk dihasilkan waima pelajar-pelajar sekolah pun mampu menghasilkannya dengan teknik suntingan.

Oleh yang demikian,, dengan rasa rendah dirinya, aku beri cadangan kepada Perdana Menteri Malaysia jika masih ada ruang, DS Najib Razak untuk memilih mana-mana dari logo berikut untuk ditukarkan dengan logo asal. Ini semua adalah hasil kerja rakyat Malaysia yang kreatif dan prihatin. 

Namun jika kepimpinan atasan merasakan logo yang sedia ada sudah memadai dan sudah cukup terbaik, aku sebagai pendokong kuat kerajaan BN akur dengan segala keputusan yang telah diputuskan. 
Mungkin ada faktor-faktor tertentu yang menyebabkan logo sedia ada itu dipilih secara rasmi. 


Nota: Semua 7 rekabentuk diatas adalah hak cipta terpelihara pereka yang berkenaan. Kepada yang tak tahu rupa logo asal,logonya adalah seperti dibawah.

3 comments:

antifcukatan said...

AS..
Nombor 6 terbaek.
Tlgbg tau Najib.
Awat buta perut sangat?

Aku setuju dgn hang..
Takat logo la, anak aku darjah 3 pun reti buat la..

Anonymous said...

BETUL..

AKU PUN SUKA NOMBOR 6.

NAMPAK LEBIH LAYAK JADI LOGO BERBANDING YANG DIPILIH SECARA RASMI. SEOLAH2 MELEPASKAN BATUK DI TANGGA SAHAJA!

Anonymous said...

Nombor 3 tu menarik....aku suka yang ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...