(Gambar-Gambar Eksklusif) Selamat Pengantin Baru Tok Non

Alhamdulillah, selamat semuanya. Ketua Bahagian yang dikasihi telah selamat diijabkabul pada pagi tadi.
Aku doakan agar Tok Non lebih bersemangat selepas ini dalam mengahdapi pancaroba arus politik yang bakal menjelma dalam menghadapi PRU13 akan datang.

InsyaAllah. Kerusi Nibong Tebal akan kembali ke tangan BN.
Dua Gambar diatas adalah semasa hari pertunangan. Hari ni baru boleh reveal.

Majlis Akad Nikah yang diadakan pada pagi tadi. Alhamdulillah. Selamat semuanya. 

Majlis Raptai Petang tadi di Dataran Sungai Kerian, tempat berlangsungnya majlis resepsi esok.. Persembahan tarian tradisional lagu Alabaladin untuk dipersembahkan pada hari esok yang dibawakan oleh pelajar Sek Kebangsaan Permatang Tok mahat, Nibong Tebal yang mewakili Malaysia dalam ppertunjukan kebudayaan di Moscow, Rusia.



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman akan mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.

Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru.
Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.

Siti Nur Syafiqa, anak sulung dari lima beradik, baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis pernikahan kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak.

Sementara, majlis resepsi akan diadakan esok, 14 Julai di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar. -Sh


Update: Gambar Majlis Pernikahan
gambar nikah syafiqa
Banyak lagi di SINI

Gambar Majlis Resepsi / Persandingan
gambar nikah syafiqa melvin
Lagi gambar2 di SINI

5 comments:

Atuk Banjar Masin said...

Salam tuan empunya blog,

Tok mohon pertukaran link

http://tokgajah46.blogspot.com

Unknown said...

lebih baik bernikah macam tok non daripada Anwar tibai China Doll dan bini orang...

Anonymous said...

Cinta tak mengenal usia tapi mengenal duit

Anonymous said...

Betul kata mu tok mudin, tapi kalau tak betul,jenoh le kau menjawab kat akhrat depan Allah S.w.t. atau kau tak takut akhirat ?

Anonymous said...

Kahwin secara sah dan halal biarpun poligami, Jangan menyontot haram sperti Gay Tua tk reti malu tu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...