Kerana 'Rambut 'Tok Ti, Peminat 'Bertelagah'!!


Sekarang ini dengan kemajuan teknologi yang pelbagai, mudahlah untuk semua orang menggunakan segala kemudahan internet yang macam-macam ada.

Paling menarik adalah penggunaan profil Instagram di mana semua orang boleh memuat naik gambar-gambar yang menarik untuk tatapan umum terutama sekali ‘followers’ di Instagram.
Tak terlepas untuk mencuba dan menggunakan aplikasi Instagram adalah barisan artis-artis negara kita termasuklah penyanyi wanita terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (CT).
Banyak jugalah gambar yang dimuat naik oleh CT untuk dikongsi kegiatan aktiviti harian bersama peminat-peminatnya.
Kalau dah terkenal, semuanya akan disukai oleh peminat-peminat sendiri.
Tetapi, CT sendiri tidak terlepas dari ‘dikutuk’ oleh orang ramai.
Semuanya kerana gara-gara CT telah memuat naik satu gambar sisi wajahnya yang menampakkan sedikit rambutnya Jumaat lalu.
Ada di antara peminat CT mengakui kecantikan CT dan memuji gambar yang dimuat naik itu.
Namun, ada juga yang ‘menegur’ supaya CT tidak mendedahkan auratnya iaitu rambut memandangkan peminat tahu yang CT bertudung.
Dalam kerancakkan peminat-peminat CT memberikan teguran, tiba-tiba ada seorang pengikut CT mengeluarkan kenyataan mengatakan rambut adalah bukan aurat.
Pengikut CT dengan nama profilnya, @abgman72 dengan tegas mengatakan rambut wanita adalah bukan aurat. Siap dengan memberikan rujukan ‘Google’ kepada pengikut yang lain sekiranya was-was dengan kenyataannya!
Apa lagi, ramailah yang ‘melenting’ dengan kenyataan @abgman72 itu dengan mempersoalkan kewajaran dia menggunakan ‘Google’ sebagai sumber rujukan berkaitan hal agama.
Banyak jugalah perkataan-perkataan yang tidak sedap dan enak digunakan dalam komen yang diberikan.
Ada yang mengutuk dan mengecam kenyataan @abgman72 dan tidak kurang juga ada yang menyokong @abgman72.
Apa kata anda?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...