Rahmat Ekamatra Berhijrah Jejaki Langkah Abby Abadi?

Abby? Sorilah.
Tidak sama sekali!!


Alhamdulillah. Mudah-mudahan istiqamah. 
Aku amat sokong dengan penghijrahan ini. 
Syukurlah Rahmat dah dipilih oleh Allah untuk berubah ke jalan yang lebih baik.... 
semoga Rahmat sentiasa diredhai Allah s.w.t. 


Cuma harapan besar dari aku terhadap Rahmat, berubahlah secara positif dan elakkan menuruti jejak langkah Abby Abadi yang jelas mempunyai sifat ujub dan riak itu. 

InsyaAllah, mudah-mudahan 


*************
Bekas vokalis Ekamatra nyanyi lagu dakwah

Perjalanan bekas penyanyi kumpulan Ekamatra, Rahmat dalam perjalanan seni cukup panjang. Bermula daripada sebuah band yang ditubuhkan untuk menyertai pertandingan Battle of the Band dan setersunya berpeluang merakamkan album bersama Ekamatra, namun jodoh mereka tidak panjang untuk membawa nama kumpulan ke persada muzik. 
Sebaliknya Rahmat terus membawa nama Ekamatra sebagai penyanyi solo dan lagu nyanyiannya dan bersama kumpulan itu masih kekal menjadi malar segar hari ini.

Lagu seperti Pusara Di Lebuh Raya, Kekasihku, Sentuhan Kecundang dan Hanya Segenggam Setia, masih menjadi siulan dan terus segar di hati peminat, tapi bagi Rahmat semua populariti yang diraih tidak lagi menjadi keutamaannya lagi.

Sebaliknya, dia kini menggunakan medium muzik untuk berdakwah. Penghijrahan baginya di luar jangkauan sendiri kerana semuanya berlaku dengan izin Tuhan kerana tidak pernah terfikir untuk melakukan penghijrahan diri.

Perasaan yang membuak-buak untuk mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat membawa dirinya untuk mengikuti pengajian agama.

Jadi sejarah

Baginya, biarlah kehidupan lalu menjadi sejarah dan kini fokus perjalanan seninya adalah untuk berdakwah melalui lagu. Tahun lalu, Rahmat tampil dengan album kerohanian, Semarak Cinta Rasulullah mengandungi lima lagu berbahasa Arab yang diadun semula.

Demi kecintaannya kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Rahmat mengeluarkan album Semarak Cinta Rasulullah 2 yang juga mempunyai lima lagu termasuk lagu Law Kana Bainana (Andai Rasulullah Bersama Kita) yang diadun semula.

“Muzik itu sudah menjadi darah daging, tapi saya mengubah muzik itu menjadi satu alat untuk berdakwah. Jika diikutkan dengan ilmu agama yang ada, memang tidak layak berdakwah tapi saya berharap melalui lagu yang disampaikan ini dapat mengajak peminat untuk lebih mengenali Rasulullah.

“Walaupun album ini berkonsepkan dakwah, saya harap ada peminat dapat menghayati lagu dalam album ini kerana semua sesuai dengan halwa telinga selain menyucikan jiwa dan nurani untuk mengenali Rasulullah dan mendekatkan diri dengan tuhan.

“Jika sebelum ini saya menjadikan penyanyi rock antarabangsa seperti Gun N Rosses sebagai idola tapi selepas penghijrahan ini, saya lihat tiada yang lebih layak dijadikan idola selain Nabi Muhammad. Baginda idola yang hebat dan juga manusia paling berpengaruh di dunia,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Suka2 kau kata org riak..mana tau kalau mmg ALLAH bagi hidayah..kau yang sombong dan riak..sebab kau marah abby kerana dia masuk PAS kan..cuba Abby masuk UMNO..kau puji la kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...