Lantaran kerna pernah dikecewakan oleh pucuk muda yang diidam-idamkan dan kemungkinan disihir kerana ada orang yang meluat padanya, Abby terpaksa swing 360Darjah dengan buat keputusan mengejut menyertai PAS.
Namun sejak sertai PAS Abby telah lupa kisah-kisah pengfalaman pilunya itu dengan sekarang ini berubah secara mendadak dengan berkelakuan ujub dan riak dengan masyarakat sekeliling. Juah semacam seolah-olah dia maksum dari melakukan kesilapan.
***********
Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak cuba menutup periuk nasinya dengan menghantar sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.Selain itu kata Abby, perutnya juga sakit sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak Mahu.”Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.
“Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran dramaPelangi Kasih dan Mulanya Di Sini,” katanya yang dihubungi di sini, Rabu.
Tambah Abby, semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.Dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.
Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.“Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.
“Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu,” ujar Abby.
Sementara itu, mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Zul Ariffin, Abby mengakui mereka tidak lagi kerap berhubung seperti dahulu.
Cuma Abby sedikit terkilan apabila pelakon itu telah membuat kenyataan kepada sebuah portal pada Rabu yang dia tidak lagi memikirkan tentang dirinya. Namun Abby tidak pasti adakah Zul benar-benar bermaksud sedemikian ataupun tidak.
Cuma Abby sedikit terkilan apabila pelakon itu telah membuat kenyataan kepada sebuah portal pada Rabu yang dia tidak lagi memikirkan tentang dirinya. Namun Abby tidak pasti adakah Zul benar-benar bermaksud sedemikian ataupun tidak.
Ujar Abby, sukar untuk dia mengulas berkenaan dengan kenyataan pelakon lelaki yang semakin meningkat naik itu apabila terdapat dua komen yang berbeza yang dinyatakan Zul sebelum ini.
“Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa sebab dia memberikan kenyataan yang berbeza. Pada mulanya, dia cakap, masih lagi sayang dan mengingati saya dan sekarang, lain pula ceritanya.
“Bagaimanapun, saya tak dapat nafikan bahawa perasaan sedikit terkilan itu ada,” tuturnya.
Dalam pada itu, Abby dan Zul masih lagi berhubung kerana terdapat urusan yang masih lagi belum selesai di antara mereka.“Memang ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan di sini yang masih belum selesai di antara kami.
“Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan bukan? Alhamdulillah walaupun dilanda pelbagai masalah, saya masih lagi menerima tawaran lakonan dan mengacara. Malah tahun ini saya buat ‘comeback’ dengan muncul lagu Aku Tak Mahu, ciptaan Edry Abdul Halim,” katanya.-KLToday19/1/12
1 comment:
Untuk ke syurga patutnya tok2 guru dan ust2 ni suruh orang PAS masuk islam...dan bukan suruh orang islam masuk PAS.
Hadis Bukhari dan muslim dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Sesiapa yang mentaatiku, bererti dia mantaati Allah, Sesiapa yang menderhakaiku, bererti menderhakai Allah. Sesiapa mentaati Ulilamri bereti telah mentaatiku. Sesiapa yg menderhakai ulilamri bererti telah menderhakaiku"
(Riwayat muslim no 7137 dan muslim no 32)
Hadis Bukhari dan muslim dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah saw bersabda,
"Sesiapa yang mendapati adanya sesuatu yg tak disukai daripada ulilamri, hendaklah dia bersabar. Kerana sesiapa yang menyatakan diri keluar drpd ulilamri meskipun hanya sejengkal lalu mati, maka dia mati dalam kematian jahiliah."
(Riwayat Bukhari no 7053 dan muslim no 55)
Post a Comment