TUMPAT: Sekumpulan tujuh lelaki bersenjatakan pedang dan kayu bertindak ala gengster apabila menyerang seorang penganggur sehingga cedera parah di sebuah kedai mencuci kenderaan di Kampung Pasir Pekan, Wakaf Baru di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Azmi Mustapha @ Che Hassan, 36, luka di mata kanan, pergelangan tangan kiri dan kanan serta betis kanan.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 5.55 petang sebelum melakukan siasatan.
“Mangsa dipercayai diserang tujuh lelaki termasuk tiga warga Thailand yang berada di kedai mencuci kenderaan itu.
“Siasatan dijalankan di tempat kejadian menemui kesan darah di atas jalan raya dan polis turut merampas topi keledar, sarung pedang, hulu pedang dan kayu yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa,” katanya, ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, tiada saksi ditemui di tempat kejadian dan motif kejadian masih disiasat kerana mangsa diberi ubat tidur selepas bertindak agresif ketika dirawat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Wan Zainab Wan Ismail, 63, yang ditemui di HRPZ II, berkata, dia menerima panggilan daripada suaminya, Mustapha @ Che Hassan Salleh, 72, yang memaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya pada jam 3.10 petang.
Katanya, sebelum kejadian, anaknya dikatakan pergi ke kedai mencuci kenderaan itu untuk mencari seseorang.
“Anak saya tiada musuh. Dia dianiaya kerana diserang tujuh orang serentak,” katanya.
Dalam pada itu, cubaan menemubual mangsa gagal kerana dia enggan ditemubual. – Metro
Keadaan Mangsa. Melayu gaduh sama melayu sampai macam ni punya sakan. Apala nak jadi.. |
1 comment:
Pok Nik kata, salah UMNO...salah UMNO.
Post a Comment