“Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.
“Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka.
“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.
“Beliau telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib,” kata beliau hari ini-FMT
*************
Aku rasa macam nak bersetuju sikit dengan apa yang dikatakan oleh Tok hashim ini.
Bukan DS Rais saja orang tua dalam UMNO ini, orang tua-tua lain yang tak mengikuti keadaan semasa pun eloklah berfikir untuk mengundurkan diri dari berlakunya 'situasi dan insiden' yang tak diingini berlaku sebagaimana polemik sambutan hari kebangsaan tahun ini.
Namun apapun, Pakatan haram memang tetap celaka. Apa jua benda mereka tetap nak politikkan demi untuk meraih secebis keuntungan politik murahan yang ingin diraih oleh mereka!
No comments:
Post a Comment