Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa
Sheikh Fadzir menggelarkan Lim Guan Eng sebagai 'Robin Lim' berikutan
sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang didakwa mengambil tanah orang
miskin untuk diberikan kepada orang kaya.
Sikap ditunjukkan Guan Eng itu kata Musa jelas berbeza dengan Robin
Hood kerana Robin Hood merompak harta orang kaya untuk diberikan kepada
golongan miskin.
"Kita biasa dengar tentang Robin Hood yang merompak orang kaya dan beri kepada orang miskin.
"Tetapi pada zaman moden ini, ada Robin Lim yang mengambil tanah
orang miskin (rakyat) lalu diberikan kepada orang kaya (pemaju swasta),"
katanya.
Memang sesuai sangat dengan gelaran ini untuk Guan Eng. Penipu rakyat Pulau Pinang. Pandai bermain wayang dan tahap hipokrit Guan Eng teramatlah cukup tinggi. Guan Eng harus dinyahkan dari P.Pinang sebelum keadaan semakin menjadi tidak terkawal dengan rakyat kurang berkemampuan terus dizalimi olehnya.
No comments:
Post a Comment