Sepasang lelaki dan perempuan memadu kasih dalam keadaan mengaibkan. JKKK?

Pic Hiasan
Cekup pasangan aib

REMBAU: Curiga penduduk kampung terhadap sepasang lelaki dan perempuan yang tidak membuka lampu selepas memasuki sebuah rumah kedai di Kampung Seri Kendong, dekat sini, terjawab apabila pasangan itu didapati memadu kasih dalam keadaan mengaibkan.


Difahamkan, ketika serbuan penduduk kampung, lelaki berusia 23 tahun itu hanya berseluar jean manakala pasangannya berusia 19 tahun berbogel dan kedua-dua mereka bukan penduduk kampung itu.

Kakitangan swasta, Idris Ibrahim, 38, berkata, ketika kejadian jam 12 tengah malam Sabtu lalu, dia dan tiga rakan berada di kedai minuman berhampiran kampung itu apabila ternampak pasangan terbabit sampai dengan sebuah motosikal di depan bangunan itu.

Difahamkan penduduk sering melihat lelaki berkenaan menghantar pasangannya ke rumah kedai itu.

“Kami nekad menyerbu rumah kedai itu apabila mendapati lelaki terbabit masih tidak beredar. “Lelaki itu hanya berseluar jean manakala perempuan berbogel. Apabila ditanya status hubungan, mereka mendakwa sudah bertunang dan bakal berkahwin hujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kendong, Bahari Thani berkata, dua hari selepas kejadian itu penduduk kampung menangkap satu lagi pasangan dipercayai kekasih dalam kereta.

“Penduduk curiga apabila melihat kereta berada di lorong gelap bergoyang-goyang. Apabila dihampiri, seorang lelaki berusia 40-an dan wanita 30-an separuh bogel berada di dalamnya.

“Mereka memaklumkan kepada saya dan polis dihubungi untuk tindakan lanjut. Saya kesal kerana bulan puasa ini dicemari dengan perbuatan terkutuk,” katanya.-HM


*************


Apa nak jadi?
Buat maksiat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Hormatlah sikit!


Apapun, syabas aku ucapkan kepada JKKK kawasan ini yang dilihat tampak proaktif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam menjaga kampung.


JKKK merupakan mata dan telinga kerajaan pusat di peringkat akar umbi.
Peranan yang dimainkan amat penting dalam menampilkan persepsi masyarakat terhadap peranan kerajaan pusat dan parti memerintah. JKKK tidur maka rakyat akan lebih menyampah le terhadap kerajaan. 


Tambahan pula di negeri yang dikuasai pembangkang, peranan JKKKP (Pusat) dan JKKKN (Negeri) dilihat masing-masing cuba beri khidmat yang terbaik untuk memenangi hati rakyat setempat.
Namun aku lihat JKKKN terutamanya yang tidak berperanan menjaga kampung disebabkan masing-masing mengejar jawatan nak glemer, tapi pengalaman teramatlah kurang didalam mentadbir masyarakat..


Maaf cakap lah ye, sesetengah  orang tu berebut nak jadi Pengerusi JKKK kerana nak kejar elaun RM800 sebulan tu. Tapi buat kerja, macam hampas je. Makan elaun buta.
Bukan semua, segelintir kecil saja..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...