Sebuah
 restoran di Bangsar Utama, Fierce Curry House menawarkan hidangan nasi 
briyani percuma khas kepada 15 lelaki pertama yang mengunjungi mereka 
dengan memakai baju berkolar V dan beg "sling"
MI
 lihat tawaran itu dilihat untuk mempersendakan garispanduan mengenai 
bagaimana untuk mengesan golongan pelajar yang terlibat atau terpengaruh
 dengan budaya gay atau lesbian yang didakwa dikeluarkan oleh 
Kementerian Pelajaran.   
Antaranya,
 ialah berpakaian ketat, berkolar-V, warna cerah dan lembut bagi gay dan
 tidak berminat dengan lelaki, sebaliknya gemar menghabiskan masa dengan
 seorang rakan wanita sahaja tanpa ditemani rakan-rakan lain, bagi 
lesbian. 
Adalah
 amat malang apabila garispanduan yang dikeluarkan kementerian dengan 
niat yang murni ini telah dipersoal bukan sahaja oleh media barat 
seperti Huffington Post dalam ruangan Huffpost Gay Voices, tetapi juga 
diperlekeh dan dipersendakan oleh rakyat Malaysia sendiri.  Pastinya, 
yang mempermainkannya adalah mereka yang langsung tidak akan ambil 
peduli jika anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti songsang ini. 
 
 Pang, Loh and Jerome Kugan di Fierce Curry House Bangsar
Antara
 yang tonjolkan diri dengan bongkak di restoran tersebut untuk menikmati
 briyani percuma ini ialah Alfred Loh iaitu seorang artis yang juga 
dikatakan terlibat dalam produksi teater untuk program Seksualiti 
Merdeka.  Beliau menafikan beliau mewakili golongan LGBT tetapi hanya 
menyatakan rasa sinisnya terhadap garispanduan tersebut kerana fesyen 
tidak sepatutnya dihadkan kepada sesiapa.
Pengasas
 Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, telah menyatakan kegembiraan atas 
reaksi umum yang didakwanya ‘mentertawakan’ garispanduan tersebut.   
Pang semestinya tidak berpijak di bumi nyata  dan melihat takrif ‘umum’ 
hanya di kalangan rakan-rakannya sahaja.  Ini kerana soal LGBT 
sememangnya menjadi kerisauan yang besar bagi ibubapa di Malaysia dari 
semua lapisan kaum dan agama.   Jika benar kerajaan ada mengeluarkan 
garispanduan sedemikian, ia menunjukkan yang kerajaan amat prihatin 
dengan sentimen majoriti rakyat dan rakyat amat menghargainya.
Hakikatnya,
 ibubapa di Malaysia amat risau melihat golongan LGBT semakin berani 
menonjolkan diri mereka kepada umum dengan bangga dan megah pula. 
 
Fenomena
 ini sebenarnya wajar dipertanggungjawabkan ke atas bahu 
pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh Pakatan Haram kononnya sebagai 
tokoh atau wira, yang berjuang untuk hak asasi rakyat Malaysia, 
sedangkan yang diperjuangkan sebenarnya adalah hak LGBT. 
Antaranya
 ialah peneraju BERSIH, Ambiga Sreenavesan yang menjadi antara ‘orang 
kuat’ dalam program Seksualiti Merdeka yang mempromosi gaya hidup LGBT. 
 Program tersebut turut mendapat sokongan Suaram, malah jurucakap 
Suaram, E.Nalini telah mengecam tindakan kerajaan yang mengharamkan 
program tersebut pada tahun 2011.   Selain itu, amat mengecewakan kerana
 antara penganjur program ini juga adalah Majlis Peguam. 
MI harap rakyat Malaysia boleh melihat persamaan antara Ambiga, Suaram dan Majlis Peguam dalam konteks politik di Malaysia.
Malah
 rakyat Malaysia juga mampu menilai dengan waras mereka semuanya punya 
kaitan dengan Pakatan Rakyat sama ada secara langsung mahupun tidak 
langsung.  Halatuju mereka sentiasa selari dengan PR dalam usaha untuk 
memburuk-burukkan Kerajaan Pusat.
Persoalan yang nyata , kenapakah pejuang-pejuang LGBT ini begitu ‘intim’ dengan PR dan menentang kerajaan? 
Apakah
 kerana PR menjanjikan hak kepada LGBT jika mereka memerintah negara 
ini.  Malah, kecenderungan PR untuk memberikan hak kepada golongan ini 
telah terbukti dalam kenyataan Anwar yang menjadi kontroversi tidak lama
 dahulu iaitu bahawa ‘undang-undang ke atas homoseksual adalah lapuk dan
 perlu dikaji semula’.  
Jelasnya,
 bagi Anwar atau PKR menyokong LGBT bukan sesuatu yang menghairankan, 
malah telah dijangka.  Bagi DAP pula, mereka dilihat mengambil pendirian
 ‘terbuka’ kepada idea-idea barat asalkan jangan ‘hudud atau Negara 
Islam’. 
PAS
 dilihat terus berdegil untuk sehidup semati dengan Pkr dan Dap dan Pas 
juga terbuka dengan idea memberikan hak kepada golongan LGBT ini.   
Malah, Pas sendiri yang menjulang Ambiga sebagai Wira dan sanggup duduk 
di belakang beliau berarak, berdemonstrasi untuk memburukkan kerajaan 
dan mengsabotaj imej negara. 
Mustahil
 PAs langsung tidak menyedari bahawa Ambiga melakukan apa yang 
dilakukannya iaitu memburukkan kerajaan dan mengsabotaj negara demi 
memastikan PR memerintah agar hak LGBT diiktiraf. 
Akhirnya
 amat jelas bahawa perjuangan Pang Khee Teik, Ambiga, SUARAM, Majlis 
Peguam dan juga PR termasuk Pas untuk membuka mata masyarakat agar 
menerima golongan LGBT sudah menunjukkan sedikit kejayaan.    Buktinya 
hari ini, kita lihat ada restoran yang sanggup membela mereka secara 
terbuka dan mendapat sambutan ramai pula. 
MI...apakah
 anda hairan kalau tokeynya datang dari Hyderabad ? Apakah dia tidak 
sensitif ? 
Segalanya di Bangsar termasuk Kumpulan Pro Komunis, tunggu MI dedahkan apalagi yang ada di Bangsar.
-malaysia-instinct
Segalanya di Bangsar termasuk Kumpulan Pro Komunis, tunggu MI dedahkan apalagi yang ada di Bangsar.
-malaysia-instinct
Lapuran STAR
 


 
 

No comments:
Post a Comment