Sora Aoi (Bintang Video Lucah) Merayu! (Pics)

 Sora Oi rayu Jepun dan China hentikan sengketa.

Sora Aoi ialah bintang Video lucah Jepun. Beliau agak popular dalam kalangan warga maya lelaki China.
Beliau bagaimanapun baru berhenti pornografi dan telah berubah menjadi pelakon dan penyanyi sedang membangunkan kerjayanya di China di mana beliau mempunyai ramai peminat yang memanggilnya "Cikgu Cang" atau "Kakak Kong", nama samarannya dalam bahasa cina.

Sekarang hubungan antara China dan Jepun kembali tegang ekoran pertikaian Kepulauan Senkaku (atau Kepulauan Diaoyu) dan langkah terbaru Jepun untuk menasionalisasi beberapa pulau-pulau terbabit. Protes dan perarakan telah berlaku dan dijadualkan untuk mengambil tempat di pelbagai bandar di China juga oleh masyarakat Cina di luar negara. Walaupun tidak dilaporkan secara meluas di media China, terdapat juga insiden keganasan rusuhan dan vandalisme terhadap produk dan pertubuhan yang berkaitan dengan Jepun, seperti restoran dan kereta jenama Jepun.








Berikutan keadaan ini, pada malam September 14, Sora Aoi telah menghantar gambar kaligrafi Cina berikut yang tertulis "Rakyat China dan Jepun Bersahabat mesra" pada akaun mikroblog Sina Weibo beliau yang mempunyai lebih 13 juta pengikut, mengajak kedamaian di antara rakyat kedua-dua negara.




中日人民友好 (Rakyat Jepun dan China Bersahabat Mesra)

Warga maya China dengan pantas membalas post mikroblog ini dengan 140,000 komen. Sesetengah mencerca beliau, tidak seperti apa yang biasanya beliau hadapi, manakala yang lain seperti biasa menyatakan sokongan mereka ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...