50,000 Rakyat Ini Hampir Pasti Hukum Khalid

Seramai 50,000 orang dianggarkan masih belum mendapatkan air percuma iaitu sebanyak 20 meter padu daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, dijangka jumlah berkenaan akan bertambah apabila lebih ramai tampil dan mahu meminta pembelaan mengenai hak mereka.

"Kita juga menantikan penyelesaian yang dibuat dengan mekanisme jangka pendek dan panjang kerajaan Selangor. Namun, dilihat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti bereksperimen dengan rakyat.

"Rakyat nanti akan menghukum mereka melalui pilihan raya umum dengan menolak segala kecacatan dan kelemahan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas program penerangan kepada orang ramai tentang pelbagai program kerajaan di Pasar Borong Selayang.

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...