Adehh.. Pegawai Polis Didakwa kerana Merogol Gadis 15 Tahun

Pic Hiasan
Perkara-perkara macam ni lah yang menyebabkan imej polis dipandang rendah. 

Harapkan pagar, pagar makan padi. 
Kepada pihak polis diluar sana, jagalah tingkahlaku anda. 
Anda membawa imej penjawat awam dan juga imej kerajaan. 

Ikat jamin tu macam rendah sangat, bagi tinggi lagi.
Jatuhkan hukuman yang berat jika dia didapati bersalah. Jangan bagi muka langsung dan supayadijadikan iktibar kepada polis lain diluar sana.

   ****************

Seorang PEGAWAI POLIS didakwa di Mahkamah Seksyen di sini kerana 
MEROGOL seorang GADIS BERUSIA 15 TAHUN pada Ogos lalu. Azman Zakaria, 28, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas pendakwaan itu dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Rozina Ayob.

Dia dituduh merogol gadis berkenaan di sebuah rumah di Jalan Berkat 5, Kg Sri Aman, Puchong di sini kira-kira 6.30 petang pada 5 Ogos lalu.

Azman yang berkhidmat dengan Balai Polis Melaka Tengah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, di mana memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika disabitkan. 

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Abd Rashid menawarkan ikat jamin RM8,000 dengan menyatakan bahawa Azman adalah seorang penjawat awam. Peguam Esther Tan Siew Choo yang mewakili Azman berkata, dia berharap pihak mahkamah dapat mengurangkan ikat jamin kepada RM3,000 kerana Azman telah memberi kerjasama kepada mahkamah. 

Hakim Rozina kemudian membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan juga memerintahkannya untuk tidak mendekati saksi, keluarga dan mangsa. 

Hakim Rozina menetapkan 23 November untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan.

1 comment:

Unknown said...

Melakukan rogol, kalau betul pun, ada lah perlakuan peribadi. Bukan dilakukan oleh 'polis' atau PDRM. Polis tidak merogol orang, yang merogol itu ia lah individu, atau orang keatas orang lain. Walau pun terkena tempiasnya, namun PDRM tidak lah boleh dipersalahkan atau pun mengakibatkan ianya dipandang serong oleh masyarakat. Kalau ahli UMNO/PAS melakukan rogol, tidak adil lah kalau cakap UMNO atau PAS yang rogol orang. Kena tulis nama orang itu yang sebenar. Harap suspek kes ini, kalau ternyata betul oleh mahkamah nanti, akan dihukum penjara maksimum dibawah seksen 376 Kanun Keseksaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...