Anwar Mereng! Selepas DAP Sepang, PKR Behrang, Kali Ni 300 Ahli PKR Batu Arang Keluar Parti Sokong BN!

Akibat “janji dicapati”, rakyat Selangor kini mula keluar memberontak terhadap Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang. Ini semua gara-gara janji-janji PRU 2008 yang lepas masih gagal ditunaikan.
Akibatnya juga, rakyat Selangor seakan-akan dipermainkan berikutan undi yang telah diberikan mereka sebelum ini pada PRU 2008.
Tidak tahan dengan janji-janji Pakatan Pembangkang yang selama ini hanya manis dibibir, kira-kira 300 ahli PKR Cabang Batu Arang mengumumkan secara terbuka akan menyokong BN pada PRU-13 nanti. Petanda ini memberikan bayangan Selangor kini boleh dikembalikan kepada empunya hak, BN.
Menurut wakil kumpulan tersebut, David Yap Yoon, sejak menjadi ahli PKR, tiada satu pun kebaikan yang telah dilakukan pemimpin PKR di kawasan Batu Arang. Yang ada cuba menabur janji dan menyemai sifat membenci kepimpinan BN yang selama ini secara jelas menunaikan janjinya.
Pemimpin PKR juga bersikap sombong dan tidak memahami realiti sebenar. Mereka masih dihantui dengan bayang-bayang mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan melupakan kebajikan rakyat yang telah mengundi mereka sebelum ini. Berikutan dengan keinsafan dan percaya kepada janji-janji BN, ahli PKR ini nekad untuk keluar parti dan menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan BN. 

Dengan rekod yang baik dan didampingi pelan transformasi Perdana Menteri memberikan keyakinan kepada rakyat Selangor bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberikan masa depan yang gemilang kepada mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...