Kereta ADUN PKR Teja, Perak Dipecah. Takkan Nak Salah UMNO Kot? (Video)

Korang tengok la ayat yang dibold dibawah tu. masih sempat nak hentam kerajaan. 

Kurang ajar betul betul YB ni. Polis dah buat macam-macam untuk kurangkan indeks jenayah. Dah kena kat batang hidung sendiri, pandai pula salahkan polis. Bukan ke puak korang yang anti sangat dengan polis ha??

Redha ajelah kalau dah kena tu. Mungkin YB ni takde rezki dan mungkin dia ada bermusuh dengan sesiapa. Mana kita tahu kan? Dah jadi kes macam ni, jangan asyik nak tuding jari kat orang lain saja. Ini biadap namanya!!

**************

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang sekali lagi menjadi sasaran penjenayah apabila cermin bahagian pemandu kereta jenis Honda CR-V miliknya dipecahkan dalam satu kejadian di Taman Melor, Pasir Puteh, awal pagi semalam.

Difahamkan, insiden itu bukanlah yang pertama menimpa wakil rakyat PKR itu kerana rumahnya pernah dipecah masuk pada tahun 2009 dan 2011 sehingga mengalami kerugian lebih RM10,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam, Lih Kang bersama isteri serta ibu bapanya sedang nyenyak tidur dikejutkan jiran yang tinggal di belakang rumahnya.

Jiran beliau yang juga seorang pegawai polis sempat melihat kelibat dua lelaki menaiki motosikal dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan pekarangan rumahnya selepas menyedari tindakan mereka diperhatikan.

“Jiran saya memberitahu dia turut cuba mengejar mereka (penjenayah), namun gagal,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Beliau bagaimanapun bernasib baik kerana tiada apa-apa barangan berharga miliknya sempat dilarikan penjenayah dan kerugian dianggarkan mencecah ratusan ringgit.

Lih Kang turut meluahkan rasa kecewa dengan kejadian jenayah yang berleluasa dan menganggap isu itu serius serta tidak patut dipandang ringan pihak berkuasa terutama kerajaan.

Beliau turut mempersoalkan tahap keselamatan orang awam di negeri ini dan mendakwa peruntukan sebanyak RM200 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan keselamatan gagal memperbaiki persepsi masyarakat bahawa jenayah di negara ini masih terkawal.


“Kejadian kali ketiga yang menimpa kami sekeluarga membuktikan tahap keselamatan orang ramai masih tidak terjamin,
” katanya.

Nak tonton video kes ni sila ke SINI

1 comment:

Anonymous said...

macamana pencuri tak besar kepala kan mereka mesra penjenayah tukang sediakan peguambela,mereka lupa penjenayah sentiasa mengintai mangsanya tanpa mengira siapa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...