Mungkin ramai menyangka bidang kerjaya pelakon Gerak Khas, Abby Abadi telah berubah selari dengan imejnya kini.Semakin aktif dengan ceramah politik dan agama, bekas isteri pelakon, Norman Hakim ini dilihat seolah-olah enggan kembali ke dunia seni lagi.
Bagaimanapun, Abby mengakui masih rindu untuk berlakon yang menjadi punca rezekinya sebelum ini."Secara jujurnya, saya rindu berlakon lagi. Saya masih sayangkan dunia lakonan dan teringin kembali berlakon seperti dahulu.
"Ramai beranggapan yang saya tidak akan berlakon lagi, malah ada yang meletakkan saya sebagai bekas pelakon," katanya.Tidak mahu digelar ahli politik, kata Abby, itu bukanlah bidang kemahirannya. Jelas Abby, dia tidak akan menolak tawaran lakonan yang dirasakan sesuai dengan imejnya kini.
"Walaupun imej saya sudah berubah, namun saya masih boleh berlakon dan berdakwah menerusi lakonan."Mungkin saya harus lebih selektif, tetapi jika ada yang benar-benar sesuai, saya tidak akan menolak," katanya.
No comments:
Post a Comment