Video Cemas Keadaan Dalam Monorel Yang Terkandas Di Bukit Nanas Semalam
Insiden yang tak diingini ini berulang lagi dan difahamkan ini kali ketiga sepanjang monorel tersebut beroperasi. Diharapkan pihak pengurusan KL monorel dapat mengenalpasti punca dan mengatasinya secepat mungkin.
Kalau perlu tukar tren baru, perlulah ditukar segera memandangkan hal keselamatan merupakan perkara yang tak boleh dikompromi.Perkhidmatan monorel ini juga membawa imej negara di mata pelancong asing dan juga dikhuatiri jika masalah seumpama ini berlaku lagi, ia akan memberikan persepsi buruk terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di ibu kota.
Tapi rasanya tak perlulah pecacai nak meroyan mempolitikkan benda ini, satu je nak tanya, korang tau ke bila korang nak sakit/mati? Kalau korang makan ubat/suplement berguni sekalipun, kalau Allah kata jadi maka jadilah ia.
Cuaca, bekalan elektrik terputus, masalah teknikal dan macam-macam faktor lagi boleh mengganggu operasi monorel.. Bukan kat Malaysia saja ya, di Sydney contohnya dan banyak negara lain pun berlaku kejadian seumpama ini. Apa lagi mau cakap?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment