Adakah Papan-Papan Tanda Seperti Ini Sesuai Untuk Gantikan AES?? (Pics)


Papan Tanda Jalan Raya Paling Genius Di India :

Alternatif kepada kamera AES ( Automated Enforcement System) di Malaysia.
India sememangnya sebuah negara yang suka menampilkan idea-idea genius bagi menyelasaikan masalah yang di hadapi mereka dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh hangpa boleh melihat warganegara India menggunakan ruangan bumbung kereta api bagi mengelakkan kesesakan melampau dan tanpa di kenakan bayaran (percuma). Kali ini mereka tampil pula dengan idea genius bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di sebuah lebuh raya di Utara India Leh-Manali.

Lebuhraya ini merupakan di antara lebuh raya terpanjang di India iaitu sepanjang 490 km. Namun,ekoran daripada kawasan leburaya yang dekat dengan kawasan pergunungan berais akan menyebabkan jalan raya di lebuhraya ini menjadi licin dan risiko kemalangan disini akan menjadi lebih tinggi.Sebagai salah satu langkah mengurangkan kemalangan jalan raya di sini,Kerajaan India telah meletakkan beberapa papan tanda amaran kepada pemandu di sini.Mungkin JPJ Malaysia boleh menggantikan papan tanda seperti ini di lokasi kamera AES di pasang.Mudah,jimat dan mungkin berkesan.

Tapi hangpa fikirkan sejenak dan lihatlah bagaimana taraf lebuhraya di India jika hendak dibandingkan di Malaysia. Bilangan kereta yang lalu lalang?
Umpama langit dengan bumi kan?

Tu pun jangan, pecacai pakatan haram jadey riuh sekampung serupa ayam berak kapur pabila kena bayar tol untuk mendapatkan pengalaman pemanduan yang cukup selesa dan selamat.
Mungkin begini rupanya lebuhraya di Malaysia  seperti gambar-gambar dibawah jika semuanya nak free, tak perlu kos penyelenggaraan dan penambahbaikan setiap tahun disamping tak perlu menitikberatkan faktor-faktor keselamatan.

Cacai PR reti fikir ke tak ni? Kihkihkih
Fikir mudah, Semua nak kaut guna duit petronas, gunung ganang pun bleh runtuh cacai oii!!





Sumber Gambar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...