Bapa Chong Wei tidak dijemput ke majlis perkahwinan? (Pics)


Sementara negara meraikan perkahwinan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo, bapa pengantin lelaki, Lee Ah Chai dilaporkan merajuk di rumahnya di Pulau Pinang.


Menurut khabar angin bapa Chong Wei disisih daripada sambutan perkahwinan selama tiga hari bermula pada Jumaat di Kuala Lumpur Convention Centre. “Saya seorang bapa yang sedih,” Lee paparkan dalam bahasa Cina di Facebook beliau.

“Saya akan tonton siaran langsung anak lelaki saya di NTV7 dari rumah.” Dipercayai perhubungan antara Lee dan isterinya dan anak-anak bergolak sejak beliau didakwa cuba membunuh diri pada Jun tahun ini.

Meskipun pesara berusia 59 tahun ini telah menafi sekeras-kerasnya tentang cubaan beliau membunuh diri dengan melompat daripada Jambatan Pulau Pinang apabila ditemui oleh polis pada 10 Jun, sumber terdekat keluarga Lee mendakwa bahawa hutang-piutang beliau yang bertimbun memusnahkan perhubungan keluarganya.

Namun Chong Wei yang tidak gemar membincangkan tentang rahsia keluarganya, memberitahu Red Carpet (laman portal hiburan di bawah ABN Media Group, www.redcarpet.net.my) bahawa, “Saya bukan seorang selebriti. Saya seorang yang amat berahsia.”

Chong Wei dan Mew Choo berkahwin dalam satu majlis minum the Cina pada Jumaat dengan disaksikan oleh keluarga dan rakan rapat.

Pasangan pengantin baru ini akan mengadakan resepsi perkahwinan untuk keluarga mereka pada Ahad malam di Kuala Lumpur Convention Centre.
http://news.abnxcess.com/bm/staging/2012/11/2976/

4 comments:

Bon Long said...

Buat dato LCW,
jgn jadi anak derhaka..
sempit hidup nanti.

Anonymous said...

kena tanya LCW apa masalah sbnr dia dgn ayahnya. Stkt ni takde sapa dedahkan masalah sebenar (kecuali spekulasi di atas). Lain lah kalau adik atau ahli keluarga dia bongkar kisah sebenar, tau lah sapa yg salah (macam kes Assmin)

Anonymous said...

BOLIH BELI BENTLY HUTANG BP TAK TOLONG BAYAR WALAUAPUN CRITA BPK NYA ANK PATUT TLG BPK SPTI BPK BERKORBAN UTK BPK -AKU HILANG MINAT DGN MAMAT BULU TANGKIS NI BILA DAH DPT ILMU DARI MISBUN - MISBUN DIA TAK MAHU- CINA IS ALWAYS CHINESE - LEE ,,,,,JENIS NI KEBANYAKAN MCM NI - CHARLIE LEE

Anonymous said...

Betul tu... Hanya LCW N FAMLY die je yg tau kesah sbnarny. X perlu menuduh LCW N FMLY ny sembarangan. Kite X tau ape yg die rase...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...