VIENNA
- PBB memaksa kerajaan AS akan melakukan penyelidikan dan memberikan
hukuman seberatnya kepada Bush, namun juga kepada para peguam dalam
pemerintahannya yang dianggap memegang peranan penting dalam mengesahkan
polisi-polisi kejam, terutama teknik penyeksaan kepada para tawanan
yang mereka tuduh sebagai pengganas.
Awal
minggu ini, pentadbiran Obama yang membuka pintu mereka meluas bagi
menyiasat jenayah Bush selama jawatannya, termasuk para pegawainya
sendiri, walaupun menolak untuk memberikan hukuman kepada CIA yang
dianggapnya hanya melaksanakan tugas.
Manfred
Nowak, salah seorang reporter PBB di Geneva, mengatakan Washington juga
mempunyai kuasa penuh di bawah jaminan PBB dalam menyiasat Jabatan
Kehakiman AS yang menulis memo untuk melaksanakan penyeksaan, dan
menghalalkan CIA dalam menggunakan teknik soal siasat yang masih
dipersoalkan.
"Itulah apa yang saya sebut kekacauan dalam penyertaan, penyeksaan sebagai sebahagian dari perintah," kata Nowak dalam sebuah persidangan. "Pada saat itu, sesiapa pun pasti tahu bahawa teknik" water-boarding "(menenggelamkan kepala tahanan ke dalam air) merupakan bentuk penyeksaan."
Nowak, yang juga merupakan seorang pakar undang-undang berasal dari Austria, mengatakan bahawa sudah menjadi tanggungjawab mahkamah AS untuk membuktikan bahawa memo tersebut merupakan perintah penyeksaan.
Nowak dan beberapa pakar lain menuturkan, kegagalan melakukan penyelidikan kerana kehilangan beberapa barang bukti.
"Jika seharusnya mendapat hukuman yang setimpal, maka pemerintahan Obama harus segera mencari lebih banyak barang bukti yang dapat menyudutkan mereka, dan dengan segera 145 negara bahagian dapat membendung para pegawai pemerintahan Bush secara universal," tambah Nowak.
Itu bermakna pemerintahan mempunyai kuasa penuh dalam menahan secara personal jika mereka diyakini mempunyai peranan dalam menjalankan kejahatan Bush, dan Wahington harus memastikan mereka mendapat hukuman setimpal.
Nowak menuturkan bahawa jarang sekali ditemui kes sepeti ini dalam dunia antarabangsa, di mana sebuah negara menganggap penyeksaan sebagai bentuk perlindungan kepada rakyatnya.
Minggu lalu, Obama telah menerbitkan sebuah memo yang diyakini menjadi "surat arahan" Bush dalam melaksanakan penyeksaan.
Menyokong
hal tersebut, Pentagon juga akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 2,000
imej bukti penyeksaan tahanan Guantanamo, termasuk diantaranya
penyeksaan yang dilakukan tentera AS selama melakuakn serbuan di
Afghanistan dan Iraq.
Kajian tersebut merupakan yang pertama kalinya sejak imej penyeksaan tahanan Abu Ghraib di Iraq.
Kajian tersebut juga merupakan dari penyerahan perkara undang-undang oleh Persatuan Kemerdekaan Sivil Amerika (ACLU).
Mahkamah persekutuan yang
berpusat di New York juga menuntut tentera AS akan mengeluarkan bukti
penyeksaan, sehingga tidak ada lagi dolak dalih kepada tuduhan tersebut.
"Walaupun pemerintahan Bush menolaknya, bukti yang ada akan segera menghumban ke penjara," kata Amrit Singh, peguam ACLU.
Seluruh imej yang ada diambil sekitar tahun 2001 hingga 2006, namun mendapat semakan dari pemerintahan AS pada 2009.
Menurut khabar terbaru, imej-imej tersebut akan dikeluarkan dalam masa satu bulan, atau sekitar tarikh 28 Mei 2013 akan datang.
Nancy Pelosi selaku
jurubicara White House juga merancang untuk membentuk suruhanjaya
siasatan pemerintahan Bush, namun mendapat pertentangan dari Kepala
Senator, Harry Reid, mengatakan pembentukan suruhanjaya tersebut akan
memakan masa yang lama.
Sumber
No comments:
Post a Comment