Canteek! Repot Polis Sama Puak Khawarij Ni!

Aku amat setuju dengan tindakan laporan polis yang dilakukan ini. 
Jangan bagi muka dengan depa. 
Puak PAS memang dah melampau dan keterlaluan sangat. 
Bukan setakat di Kelantan saja, kalau boleh biar kita lakukan ramai-ramai di seluruh Malaysia.
Biar PAS diharamkan terus. Selagi PAS wujud, selagi itulah orang Islam tidak boleh bersatu.

***************
 Umno Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.
  
Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.
  
Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira 30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini.
  
Ketika ditemui, Zarina berkata, mereka mahu polis menyiasat perkara itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan kerana menyifatkan doa berkenaan boleh menghasut umat Islam bertelagah sesama mereka.
  
"Hati kami tersentuh. Kami orang Melayu beragama Islam dan tuduhan ini sangat  melampau yang menyerlahkan sikap sebenar Pas dan Mursidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
  
Beliau meminta rakyat Kelantan terutamanya menilai siapa sebenarnya pemimpin Pas itu  yang ternyata mempunyai politik dendam terhadap Umno kerana sanggup mendoakan kehancuran dan menuduh Umno murtad.
  
Di IPD yang sama, Majlis Veteran Umno Kelantan turut membuat laporan serupa, diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor Deris.
  
Mohd Noor berkata tuduhan murtad oleh Nik Aziz itu itu disifatkan sebagai melampau dan meminta Sultan Kelantan campur tangan.
  
"Kami juga memohon perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V agar dapat segera mengubat perkara yang memudaratkan umat Islam di negeri ini," katanya.
  
Mohd Noor juga meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menyuarakan pandangan mereka menurut nas-nas Islam berhubung perkara itu dan mengajak pemimpin Pas termasuk Nik Aziz bermuzakarah.
  
Pada Jumaat lepas, Pas mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan dipimpin adik Menteri Besar, Nik Razi Nik Mat, sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58.
  
Pada Ahad, Nik Abdul Aziz mengundang kontroversi apabila mendakwa Umno murtad kerana memperlekeh dan menolak Islam. - Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Kesian btul org Pas ni....hari2 ada ajer ahli pas yg mati dibom , keluarga mereka dinafikan hak utk kerja, dinafikan hak utk solat, dinafikan hak utk laungkan azan, dinafi kan hak utk buat ceramah....sedih btul dan sungguh teraniaya org pas ni ....sehinnga pemimpin2nyer,,,,mampu hanya memakai mercedes, volvo , pajero sport..... sungguh mereka pas ni dianiaya yg amat sgt di malaysia ni ....

Mudahan apa yg mereka pas ni doa pada hari itu dibalikkan smula pada mereka

Bingai @ Bangang said...

belum lagi kerabat di raja yang ada juga menjadi ahli UMNO. erks? Ku Li tu kerabat di raja, kan?

Bakal-Bakal Yang Akan Murtad di TENDANG TERAJANG

Anonymous said...

pemikiran org pas mmg mcm tuuuuut...blh kenal mana org pas dan mana org yg sokong umno...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...